My Facebook

31 Disember 2011

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang budiman sekelian...

Mulai tahun hadapan (Januari 2012) semua aktiviti penulisan di blog ini tidak akan disiarkan lagi di sini dan semua aktiviti akan di lakukan di Facebook saya sahaja kerana ianya lebih mudah untuk di kunjungi.

Walaubagaimanapun blog ini tidak akan di tutup kerana begitu banyak sekali catatan yang boleh dimanfaatkan bersama.

Selamat berjumpa di Facebook saya 

Wassalam.

Radio Online

30 November 2011


                                                                 
RADIO KOMUNITI ANDA


Kepada anda yang ingin menjadi DeeJay di Radio Separapfm.blogspot.com sila hantarkan sedikit biodata tentang diri anda. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan akan diberikan.

Jika anda berminat sila hantar email ke djfirhan@yahoo.com atau SMS 017-774568

UNiC Online

11 November 2011

Mulai hari ini 11.11.11 (jumaat) laman web UNiC Online sudah mula beroperasi.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat melayari laman web yang tidak seberapa ini dan jadikanlah yang baik itu teladan dan yang buruk itu sempadan.

Di dalam era ICT dan globalisasi kita tidak dapat menyangkal bahawa kepentingan mengakses maklumat secara online untuk dikongsi bersama oleh semua pihak adalah merupakan satu perkongsian bestari dan maju selangkah ke hadapan.

Tujuan utama saya menghasilkan laman web ini adalah supaya kita semua dapat bertukar-tukar fikiran serta dapat mengetahui apa jua aktiviti yang akan ataupun sedang dijalankan di sekeliling kita selaras dengan keperluan zaman IT sekarang ini.

Saya telah mula mempelajari bidang ini semenjak tahun 2006 lagi. Saya juga pernah mengikuti "Kursus Pembangunan Laman Web Joomla" di jabatan tempat saya bekerja.

Alhamdulillah sehingga kini saya telah mula mendapat beberapa tempahan untuk membuat laman web seperti ini. Namun saya akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki lagi beberapa laman web dari masa ke semasa.InsyaAllah.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang laman web ini sila klik UNiC Online

Wassalam.

Daripada :-

Admin
UNiC Online

Solat Hajat Perdana

08 September 2011

Pada sebelah malam pula menghadiri Majlis Solat Hajat Perdana bagi Zon Jementah untuk calon-calon UPSR, PMR & SPM 2011 di Masjid Jamek Bandar Jementah.

Kelihatan ramai ibubapa serta guru yang turut hadir bagi sama-sama mendokan serta memohon kepada Allah agar anak mereka diberikan kelapangan fikiran semasa menjawab semua soalan sewaktu peperiksaan kelak. Sebelum solat hajat telah diadakan motivasi yang telah disampaikan oleh En. Ali Saifuddin daripada Segamat. Banyak nasihat serta tunjuk ajar yang boleh dijadikan panduan serta pedoman kepada calon2 sekelian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan serta jawatankuasa masjid jementah kerana telah menganjurkan program yang saban tahun diadakan ini.

Kunjungan Aidil - Fitri

07 September 2011
 

Malam ini kami sekeluarga begitu terharu sekali (terutamanya mak) kerana menerima tetamu aidil fitri daripada Indonesia (saudara sebelah arwah nenek). Mereka berkunjung ke sini dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan kekeluargaan yang telah terpisah sejak sekian lama kerana arwah nenek datang ke Malaysia pada tahun 1938.

Walaupun jauh beribu batu namun pak cik (imam hj. hussin) kerap mengutus surat ataupun menghubungi melalui telefon untuk bertanyakan khabar antara satu sama lain. Pada awal tahun ini iaitu pada bulan februari yang lepas beliau telah pergi ke Indonesia untuk bertemu dengan semua kaum keluarga di sana. Dan mereka berjanji akan datang ke Malaysia pada hari raya aidil fitri ini untuk menemui saudara mara di sini.

Tazkirah

06 September 2011

Pada petang ini di PTDI telah diadakan tazkirah mengenai kesempurnaan solat serta perkara-perkara yang membatalkan solat yang telah disampaikan oleh Ustaz Zaki daripada Unit Kefahaman Islam, UiTM Johor.

Banyak perkara yang telah di sentuh oleh Ustaz Zaki dan banyak juga soalan yang telah dikemukakan.

Program tazkirah ini amat baik sekali kerana banyak perkara yang dapat dimanfaatkan oleh semua warga PTDI.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang telah disampaikan oleh ustaz.

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri

29 Ogos 2011

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam... Semoga Allah merahmati seluruh umat Islam di muka bumi ini yang bakal meraikan hari kemenangan Syawal esok..

Ramadhan akan kita tinggalkan,
Hampir menjelma syawal mulia,
Aidilfitri berbahang terasa,
Disambut dengan rasa gembira.


Biarlah dalam kita bergembira menyambut kedatangan Syawal pada kali ini, kita tak lupa kepada golongan yang miskin dan memerlukan...

Berhati-hati di jalanraya semoga selamat sampai ke destinasi.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Ikhlas daripada : Roslan & Keluarga.

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya

20 Ogos 2011

Pada pagi sabtu bulan ramadhan yang mulia ini telah berlangsungnya suatu majlis penyampaian sumbangan hariraya kepada ibu-ibu tunggal & warga emas di sekitar DUN Jementah. Majlis yang saban tahun diadakan ini adalah anjuran pihak KEMAS, Jementah dan juga gabungan daripada Jabatan Hal Ehwal Wanita, Daerah Segamat (JASA).

Semua sumbangan telah disampaikan oleh Puan Hjh. Puspa Hairani bte. Hj.Hassan (Ketua Wanita UMNO, Bahagian Segamat).

Pada majlis tersebut, seramai 40 orang telah menerima sumbangan yang berupa barangan keperluan dapur bagi meraikan hari raya aidil-fitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Syukur alhamdulillah, majlis ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Semoga program yang seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun yang akan datang. InsyaAllah.

Majlis Perpisahan Bekas Pengarah

09 Ogos 2011

Pada hari ini aku telah di minta oleh boss tempat aku bekerja untuk membacakan doa perpisahan untuk bekas pengarah UiTM Johor iaitu Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil Bin Hj. Ibrahim dan isterinya Puan Hjh. Raudzah binti Hj. Roslan yang akan berpindah ke Universiti Tayyibah, Madinah. Inilah doa yang aku baca sebentar tadi:

Ya Allah
Pada saat dan detik yang bersejarah ini kami menghulurkan tangan memohon ihsan dan rahmatMu agar anugerahkanlah kesejahteraan, taufik dan hidayahNya kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil Bin Hj. Ibrahim dan Puan Hjh. Raudzah binti Hj. Roslan, insan yang akan berpisah dengan kami. Kami sedar bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahannya dan ada hikmah di sebaliknya kerana semuanya adalah ketentuan dan takdir yang telah ditentukan olehMu.

Ya Allah
Kurniakanlah ganjaran, syafaat dan keredhaanMu di atas segala jasa-jasa baik beliau yang telah dicurahkan kepada kami seluruh warga UiTM Johor. Begitu jua Ya Allah di atas semangat juang beliau yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran beliau semasa mentadbir UiTM Johor.

Ya Allah
Kami memohon kepadaMu agar kurniakanlah kepada insan yang diraikan pada hari ini, kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang melimpah ruah serta mereka dapat menikmati kehidupan di tempat baru dalam keadaan damai dan sentosa. Ya Allah janganlah dihampakan segala hajat dan impian kami. Hanya padaMu tempat kami berharap dan hanya padaMu jua yang dapat mengabulkan segala permintaan hambaMu.

Amin Ya Robbal Alamin.