'Community Policing'

24 Julai 2010

Jam 9.00 pagi aku dan 6 rakan yang lain telah ditugaskan oleh boss aku untuk menyambut ketibaan Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd Mokhtar Bin Mohd Sharif sempena program 'Community Policing' 1 Mahasiswa. Program ini adalah kerjasama UiTM Segamat dengan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Segamat dan telah diadakan di Dataran Sri Bendahara UiTM Johor.

Ketua Polis Johor dalam ucapannya menyatakan'Community Policing’atau Kepolisian Komuniti adalah merupakan salah satu strategi pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam melibatkan orangramai dalam membantu mengawal jenayah dengan cara membantu mengenalpasti suspek yang meragukan, mengawal vandalisma dan membawa masalah yang berkaitan dengan jenayah pada perhatian pihak polis seterusnya dapat membanteras kes jenayah.

‘Community Policing’ ini juga menjadi alternatif untuk menjadi mata dan telinga pihak polis dalam memberikan laporan aktiviti yang meragukan dan seterusnya dapat mengurangkan jenayah di sesuatu kawasan. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran untuk sama-sama dengan pihak polis mencegah jenayah melalui perkongsian pintar dan penyaluran maklumat yang tepat serta cepat.

Ini adalah kerana jenayah yang berlaku adalah di dalam persekitaran masyarakat. Oleh itu hanya masyarakat sahajalah yang lebih mengetahui bentuk jenayah dan siapa yang terbabit, sekaligus menjadikan mereka perlu menyalurkan maklumat tersebut.

Semoga program ini telah memberikan manfaat kepada semua pihak dan majlis tersebut telah tamat pada jam 11.30 pagi.

Musim Buah-Buahan

18 Julai 2010

Musim buah-buahan dah tiba, aku begitu geram untuk memetiknya. Inilah hasilnya kalau kita berbudi kepada tanah memang berbaloi-baloi.
Antara pokok buah-buahan yang aku tanam ialah langsat, rambutan, manggis, duku langsat, durian pun ada. Tapi buah durian pada kali nie tak menjadi la tak macam tahun lepas.

Semua pokok-pokok nie di tanam masa aku bujang dulu sekitar tahun 1988. Masa tu aku terfikir "kalaulah aku tanam pokok buah-buahan dari sekarang suatu hari nanti dapatlah anak dan isteriku makan buahnya". Walaupun berangan, sekarang impian dah menjadi kenyataan.

Setakat hari nie semua buah-buahan nie aku belum pernah jual lagi cuma sedekah kat saudara mara dan jiran-jiran jer.

Klinik UPSR 2010

11 Julai 2010

Jam 8.00 pagi Abg Faiz mula mendaftar untuk klinik UPSR 2010 (Fasa 1). Seminar peperiksaan UPSR ini adalah anjuran Kelab TaHa (Tabung Haji) dengan kerjasama Akhbar Berita Harian telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada murid tahun 6 dari semua daerah di negeri Melaka, Muar dan Segamat.


Program ini telah diadakan di Dewan Seri Temu, SMK Padang Temu, Melaka. Matlamat utama program ini dianjurkan adalah untuk menjana strategi pelajar merangkul 5A serta teknik-teknik menjawap soalan pada peperiksaan UPSR kelak.

Jam 5.00 petang semua peserta program telah diberikan Sijil Penyertaan dan selepas itu kami pun bertolak balik ke Jementah.

Homestay Telok Emas

10 Julai 2010

Kami bertolak dari rumah jam 3.00 petang melalui Lebuh AMJ kemudian exit ke simpang Merlimau seterusnya ke Umbai dan sampai di Telok Emas jam 5.00 petang.

Kami menginap di Homestay No. 31, Jalan Seri Emas 59, Telok Emas, Melaka. Homestay ini merupakan sebuah rumah teres 3 bilik 2 bilik air dan kemudahan yang disediakan pun baik juga. Kalau ade rakan2 yang nak ke sini dipersilakan sebab kadar bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan persekitarannya begitu bersih sekali.Tujuan utama ke Melaka adalah untuk menghantar anak pada esok hari mengikuti seminar peperiksaan UPSR di SMK Padang Temu Melaka.

Pada sebelah malam pula kami makan di Medan Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Seronok betul tengok anak-anak makan sebab masakkannya begitu menyelerakan. Semua ikan-ikan yang dibakar di sini semuanya masih “fresh” belaka. Sambil makan boleh lihat nelayan pulang dari menangkap ikan di laut.





Jam 11.00 malam kami semua pun pulang ke Homestay.

Mesin 3 Dalam 1

10 Julai 2010

Hari nie aku beli mesin printer jenama Canon model MP 145. Fungsinya adalah 3 dalam 1dimana kita boleh gunakan untuk fotostate, print dan scan.

Aku beli dengan rakan sekerja. Harganya pun taklah mahal sangat cuma RM130 jer sebab "second-hand" tapi aku tengok memang masih baru lagi. Dah ada mesin nie senang la jugak aku tak payah malam-malam nak pergi ke cyber cafe ataupun kedai fotostat sebab anak-anak pun boleh buat sendiri. Kelebihan printer canon ni, laju dan tak banyak masalah. Kalau dakwat habis "refill" jer.

Selamat Hari Lahir

09 Julai 2010

Hari ini anakku yang no. 2 (Muhammad Faizzuddin) genaplah umurnya 12 tahun. Jam 11.00pagi pergi ke Pej. Pendaftaran Segamat buat My Kad dan akan siap dalam masa sebulan daripada sekarang.

Masih teringat lagi semasa dia dilahirkan di Hospital Segamat. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa hibanya perasaan aku waktu itu sebab tiada response langsung daripada si bayi. Kelihatan doktor dan petugas hospital begitu bertungkus lumus membekalkan oksigen untuk menyelamatkan si bayi. Selang beberapa minit kemudian barulah kedengaran tangisan si bayi. Syukur Alhamdulillah si bayi telah selamat.

Sempena ulangtahun kelahirannya ini kami semua berdoa mudah-mudahan Abg Faiz di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Bulan September tahun nie dia akan mengambil peperiksaan UPSR. Ayah dan emak doakan semoga Abg Faiz dikurniakan keputusan yang cemerlang.

Amin...

Lawatan Ke Politeknik Merlimau

30 Jun 2010

Jam 11.00 pagi bertolak ke Politeknik Merlimau Melaka dengan menaiki bas bertujuan untuk melakukan lawatan penandaras 5S. Lawatan pada kali ini telah disertai oleh pelbagai bahagian antaranya Perpustakaan, Pentadbiran, HEP, Unit Kualiti dan Keselamatan.

Sampai di bandar Merlimau jam 12.30 tengahari dan terus makan di restoran lepas tu kami semua solat zuhur di masjid berdekatan.

Jam 2.30 petang kami semua sampai di PMM dan telah di berikan taklimat Amalan 5S di Bilik Persidangan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PMM.

Politeknik Merlimau merupakan politeknik yang ke-14 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan kini ia bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan telah dipersijilkan MS ISO 9001:2000 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 14 Januari 2004 dan seterusnya memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS International pada 25 Mei 2007 dan telah mendapat Persijilan 5S pada 31 Mac 2009 oleh pihak MPC.

Selepas itu kami melakukan lawatan tapak ke bilik fail, ruang pejabat JHEPP, ruang pejabat & pantry – kamsis dan akhir sekali ke perpustakaan. Begitu banyak perkara yang dapat kami pelajari hasil daripada lawatan tersebut.

Kami bertolak balik jam 5.30 petang dan telah selamat sampai ke UiTM Johor pada jam 7.00 malam.