Homestay Telok Emas

10 Julai 2010

Kami bertolak dari rumah jam 3.00 petang melalui Lebuh AMJ kemudian exit ke simpang Merlimau seterusnya ke Umbai dan sampai di Telok Emas jam 5.00 petang.

Kami menginap di Homestay No. 31, Jalan Seri Emas 59, Telok Emas, Melaka. Homestay ini merupakan sebuah rumah teres 3 bilik 2 bilik air dan kemudahan yang disediakan pun baik juga. Kalau ade rakan2 yang nak ke sini dipersilakan sebab kadar bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan persekitarannya begitu bersih sekali.Tujuan utama ke Melaka adalah untuk menghantar anak pada esok hari mengikuti seminar peperiksaan UPSR di SMK Padang Temu Melaka.

Pada sebelah malam pula kami makan di Medan Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Seronok betul tengok anak-anak makan sebab masakkannya begitu menyelerakan. Semua ikan-ikan yang dibakar di sini semuanya masih “fresh” belaka. Sambil makan boleh lihat nelayan pulang dari menangkap ikan di laut.





Jam 11.00 malam kami semua pun pulang ke Homestay.

No comments: