Banjir Besar Di Segamat 19 - 22 Disember 2006

Pada penghujung tahun 2006 ini, Daerah Segamat telah dilanda banjir besar. Hujan yang turun dengan lebatnya mulai 18 Disember 2006 dan berlarutan sehingga 22 Disember 2006 dan melebihi 72 jam telah menyebabkan berlakunya satu tragedi yang luar biasa menyebabkan air sungai Segamat melimpah dan membanjiri kawasan sekitar.

Banjir besar yang melanda telah mengakibatkan ekonomi bandar Segamat lumpuh sama sekali selama seminggu.

Tempat-tempat yang dilanda banjir adalah :- Kawasan Bandar Segamat - Bandar Utama. Taman Perumahan - (Taman Segar, Taman Pelangi/Sri Pelangi, Taman Perling, Taman Waja, Taman Tasek, Taman Waja, dll.) Kampung-kampung - (Kampung Abdullah, Kampung Jawa, Kampung Cabong, Kampung Tengah, Kampung Batu Badak, Kampung Lubuk Batu dan dll.)

Pusat-pusat pemindahan mangsa banjir yang dibuka:- Sek. Tinggi Segamat, Sek. Keb. Kg. Jawa, Sek. Keb. Gemereh, Sek. Men. Buloh Kasap dan dll. Balairaya Kg. Pogoh, Bailairaya Jalan Pemuda dan dll.

Jalan-jalan yang telah terputus hubungan:- Jalan Genuang - Segamat ke Johor Bahru, Jalan Buloh Kasap - Segamat ke Gemas, Jalan Muar - Jementah.

Banjir Gelombang ke dua yang diramalkan nampaknya tidak berlaku, walaupun hujan tidak berhenti lebih 72 jam bermula pada 11 Jan 2007 di Segamat. Namun pihak berwajib telah mengambil langkah drastik, menyediakan peralatan-peralatan yang secukupnya bagi menghadapi jika banjir kali kedua berlaku kembali. Ada beberapa tempat didaerah Segamat yang dinaiki air, namun tidak sepertimana berlaku gelombang pertama.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia 20/12/2006

























Cuti - Cuti Malaysia

Pada 01/01/2006 (Ahad) mandi manda di Wet World Pedas, Negeri Sembilan.

Bertolak jam 9.00 pagi tiba jam 11.00 pagi. Dan telah selamat pulang jam 11.30 malam.

Klik :

http://www.virtualmalaysia.com/destination/view_photo.cfm?id=0971E85D-CACB-415A-A416F7F36E3BCDC1#snapshot