Hari Jumaat

15 Oktober 2010

Hari ini aku sembahyang jumaat di masjid Kg. Sungai Siput yang baru siap diubahsuai. Aku begitu teruja dengan keindahan seni binaan masjid tersebut. Dalamannya yang cantik dan ruangnya yang begitu luas telah memberi keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan amal ibadah.

Sepanjang pengubahsuaian dilakukan jemaah masjid tersebut telah menumpang bersembahyang di balairaya kampung tersebut yang jaraknya 1 km daripada masjid tersebut. Kerja-kerja ubahsuai telah dapat disiapkan dalam masa 3 bulan sahaja.

Teks khutbah pada hari ini telah dibacakan oleh Imam 2 masjid tersebut iaitu Encik Nahar bin Ahmad. Di dalam khutbahnya beliau menyeru kepada jemaah sekelian, kita semua hendaklah menanamkan cita-cita untuk menunaikan fardhu haji ke Mekah. Di samping itu juga kita hendaklah berdoa ke hadrat Illahi memohon dikurniakan rezeki yang halal supaya hajat kita semua dimakbulkan oleh Allah.

Semasa sembahyang jumaat Tuan Imam telah membacakan Surah Al-Hasyr ayat 21-24. Surah inilah yang telah diajarkan oleh bapa mertuaku supaya menghafalnya suatu masa dulu sewaktu isteriku sakit tenat. Dan kini aku telah mengamalkan membacanya setiap selepas sembahyang subuh dan maghrib.Untuk mengetahui surah tersebut klik
  • sini
  • Mini Konvensyen KIK

    06 Oktober 2010


    Hari nie kumpulan KIK kami yang dianggotai seramai 10 orang telah menyertai Konvensyen KIK Zon Selatan dan berlangsung di Dewan Sri Peria, UiTM Johor. Sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan pada kali ini. Kumpulan kami telah mempersembahkan projek "Security Tool Book Holder".
    Majlis perasmian penutup dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Puan Azizah bte Aris Timbalan Pengarah BPJI, UiTM Johor.

    Pada mini konvensyen ini kumpulan kami telah mendapat tempat ketiga anugerah inovasi teknikal. Kepenatan dan keletihan kami semua terbalas jua dengan kejayaan yang di raih. Moga ianya merupakan langkah kejayaan untuk menapak di peringkat UiTM Malaysia. InsyaAllah.

    Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang telah bersusah payah mengembleng tenaga, idea, masa dan wang ringgit bagi menyiapkan projek ini. Usaha, takwa dan istiqamah yang berterusan pasti akan membuahkan hasil yang positif dan mendapat kerahmatan daripadaNya. Idea2 rakan-rakan dalam memberi ulasan menambahbaik projek hingga mencapai ke tahap ini adalah amat membanggakan. Kerjasama yang sebegini patut diteruskan untuk masa-masa akan datang.

    Ribuan terima kasih kepada barisan juri yang begitu komited dan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan mini konvensyen kali ini.

    Sambutan Hari Raya - Taman Dedap

    02 Oktober 2010

    Malam nie jam 9.00 malam telah berlangsungnya majlis sambutan hari raya peringkat Taman Dedap. Bacaan doa telah dibacakan oleh Imam Surau Kg. Kubu Dedap iaitu Tuan Haji Md. Sabilan b.Hj. Saidon.

    Antara pengisian program iaitu bacaan selawat @ marhaban kemudian diikuti pula penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang UPSR dan PMR 2009. Seramai 8 orang pelajar anak-anak penduduk taman ini telah dipilih untuk menerima cenderahati tersebut.

    Majlis yang pertama kali diadakan ini begitu meriah sekali dan dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama insan. Semua penghuni taman tak kira penyewa ataupun penduduk tetap telah sama-sama berganding bahu bergotong-royong daripada pagi hinggalah tamat majlis. Diharap program yang seumpama ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan.

    Tahniah kepada barisan AJK Taman Dedap yang telah berjaya menganjurkan program ini. Semoga raya tahun hadapan dapat buat majlis seperti ini lagi.

    InsyaAllah.

    Ulangtahun Kelahiran

    01 Oktober 2010

    Hari nie adalah hari ulangtahun kelahiranku yang ke 42. Syukur pada Allah kerana telah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepadaku selama ini.

    Berbagai ucapan yang telah aku terima antaranya mendoakan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan berbagai-bagai lagi.

    Dato’ NC UiTM juga telah menghantar ucapan melalui email rasmi. Telah menjadi kelaziman beliau akan menghantar email pada setiap stafnya yang menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh tersebut.

    Jutaan terima kasih juga kepada rakan sekerja, rakan FB, anak2 dan isteri yang telah memberikan ucapan tersebut.

    Ada sesuatu yang telah membuatkan hati aku begitu tersentuh pada hari ini iaitu sewaktu Imam masjid Jementah, Tuan Haji Kasran membaca surah Al-Jumuah semasa sembahyang jumaat dan aku telah tertarik untuk menghafalnya.

    Marilah kita sama-sama menghafal surah tersebut beserta terjemahannya. Sila klik
  • Surah Al-Jumuah


  • Ya Allah berilah aku kekuatan minda untuk menghafal ayat dari surah Al-Jumuah ini.
    Amin.