Sambutan Hari Raya - Taman Dedap

02 Oktober 2010

Malam nie jam 9.00 malam telah berlangsungnya majlis sambutan hari raya peringkat Taman Dedap. Bacaan doa telah dibacakan oleh Imam Surau Kg. Kubu Dedap iaitu Tuan Haji Md. Sabilan b.Hj. Saidon.

Antara pengisian program iaitu bacaan selawat @ marhaban kemudian diikuti pula penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang UPSR dan PMR 2009. Seramai 8 orang pelajar anak-anak penduduk taman ini telah dipilih untuk menerima cenderahati tersebut.

Majlis yang pertama kali diadakan ini begitu meriah sekali dan dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama insan. Semua penghuni taman tak kira penyewa ataupun penduduk tetap telah sama-sama berganding bahu bergotong-royong daripada pagi hinggalah tamat majlis. Diharap program yang seumpama ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan.

Tahniah kepada barisan AJK Taman Dedap yang telah berjaya menganjurkan program ini. Semoga raya tahun hadapan dapat buat majlis seperti ini lagi.

InsyaAllah.

No comments: