Fardhu Haji

21 Disember 2008 jam 8.00 malam.

Alhamdulillah...

Ayah dan mak mertua dah selamat pulang ke tanah air daripada menunaikan fardhu haji.
Kami sekeluarga begitu terharu sekali kerana dapat bertemu kembali.

Syukur pada ALLAH.

Maal Hijrah

1 Muharram 1430H bersamaan dengan 15 Disember 2009

Ambil iktibar akan segala perkara yang telah berlaku dan tanam niat serta berikhtiar untuk perubahan yang lebih baik,yang lebih bermanafaat untuk diri sendiri khasnya dan untuk orang-orang sekeliling kita amnya.
InsyaAllah

Semoga 12 bulan mendatang penuh cemerlang,
52 minggu penuh kebahagiaan,
365 hari penuh keberkatan,
8760 jam dilimpahi kasih sayang,
8525600 minit penuh senyuman!

Hayati lagu ini...
Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi & umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan & iman yg teguh
Kaum Muhajirin & Ansar bersatu
Rela berkorban, harta & nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman.

Selamat 'Berhijrah' semua...
Selamat tinggal segala yang menghitamkan buku amalan 1429H........

Wallahuallam

Akhir Kata Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H.

Salam Aidil Adha


Untuk maklumat lanjut klik http://www1.bharian.com.my/Misc/HajiUmrah/index_html

Tambah Pendapatan Anda

1 Dis 2008
Jana Pendapatan Sekarang!


Tambah Pendapatan Sambil Menggunakan Handphone Anda! Tukarkan belanja prepaid / postpaid anda kepada wang !!!

Untuk maklumat lanjut klik sini

APC

28 Nov 2008

Pagi-pagi lagi, masuk aje kerja dah terima surat daripada pihak pengurusan UiTM, menyatakan aku adalah salah seorang daripada 38 orang yang telah dipilih untuk untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Syukur alhamdulillah..... dah rezeki kami sekeluarga.

Kalau tahun lepas kami sekeluarga di ujinya dengan berbagai dugaan (isteri sakit) tahun nie pulak di kurniakan olehNYA rezeki yang tidak terduga.
SesungguhNYA ALLAH itu Maha Kaya.

Abang & Adik Masuk Jawi

21 Nov 2008 jumaat jam 10.00 pagi

Adik (9 tahun) & abang (10 tahun) telah selamat berkhatan di Klinik Keluarga, Jementah. Mereka berdua kata kalau dah baik nanti nak makan KFC. Ok lah tak kisah la tu.

Ayah dan emak mendoakan semoga abang dan adik cepat sembuh.
Amin...





Ayah & Mak Mertua Menunaikan Fardhu Haji

13 Nov 2008
Kami sekeluarga begitu terharu sekali kerana pada hari ini ayah & emak mertua akan bertolak menunaikan fardhu haji ke Mekah.

Kami bertolak dari rumah tepat jam 9.00 pagi kerana tidak mahu berlaku kesesakan samada di jalanraya ataupun dilapangan terbang Senai, J.Bahru. Tiba di sana tepat jam 12.00 tengahari dan sanak saudara yang tinggal di Johor Bahru telah pun menunggu kami.

Semoga ayah & mak diberikan kesihatan yang baik semasa berada di tanah suci nanti serta mendapat haji yang mabrur. Amin...

Untuk maklumat lanjut tentang haji klik http://www1.bharian.com.my/Misc/HajiUmrah






Aiman tertidur....kepenatan....dalam perjalanan...

Rumah Mak

Mula dibina pada 15 Oktober 2008

Alhamdulillah..... Syukur pada ALLAH akhirnya siap juga rumah mak dan mula pindah pada 28 Februari 2009