Perlantikan AJK

24 Februari 2011

Hari ini menerima surat perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Masjid Dan Surau Negeri Johor daripada Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor, Johor Bahru.

Pengarah Jabatan Agama Johor iaitu Tuan Haji Elias bin Hasran di dalam suratnya menyatakan beliau berharap semua AJK yang dilantik dapat meneruskan peranan dan tugas bagi mengimarahkan masjid atau surau di Negeri Johor.

Ini adalah lantikan kali ke 2 menjadi AJK Surau Kubu Dedap dan kali pertama dilantik ialah pada sessi 2005-2007.

Tambak

19 Februari 2011

Aku beli batu gerewel nie sebab nak tambak halaman rumah mak. Ini adalah untuk mengelakkan air banjir supaya tidak masuk ke dalam rumah. Pada banjir yang lepas air hampir sampai ke ruang tamu.
Dulu masa sebelum didirikan bangunan rumah nie, aku dah tambak lebih kurang 40 lori itu pun masih tak mencukupi lagi. Maklumlah tanah di kawasan nie rendah jadi aku terpaksalah tambak lagi. Tapak rumah mak aku nie asal usulnya adalah tanah sawah padi sebab tu rendah.

Program Ziarah Ke Rumah Rakan Sekerja Mangsa Banjir

08 Februari 2011

Para petugas sedang membahagikan barang-barang keperluan untuk rakan sekerja mangsa banjir.




Sessi Bergambar sebelum ziarah ke rumah-rumah mangsa banjir.

Rumah En. Roslan Mohd Nor - Taman Mida



Rumah En. Mohd Sukor Mesiran - Kg. Jawa




Rumah En. Mohd Daniel Daud - Kg. Jawa



Rumah Pn. Zalina Hj. Hitam - Kg. Gemereh


Rumah En. Rosnan Ali - Kg. Jawa


Rumah Pn. Rosmawati Hj. Basiran

Banjir 2011

31 Januari 2011 (Ahad)

Hujan yang turun tidak henti-henti sejak hari jumaat lalu telah mengakibatkan banjir di beberapa buah kampung di Jementah. Antara kampung yang terlibat adalah Kg. Ah Tong, Kg. Seberang Gelugor, Kg. Kubu Dedap, Kg. Sungai Siput, Kg. Batu 11, Kg. Pulau Jering, Kg. Lubok Bandan, Kg. Bukit Pam, Kg. Bukit Tunggal, Kg. Tebing Tinggi, Kg. Batu 7 Dan Kg. Sengkang Legeh.

Banjir yang melanda pada kali ini adalah lebih buruk daripada banjir tahun 2006. Kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka kerana air banjir datang begitu cepat dan deras sekali.
Beberapa jalan telah ditutup kepada lalulintas antaranya di batu 9 jalan Segamat - Muar yang kedalamannya mencapai paras dada. Manakala struktur tanah di jambatan batu 8 pula telah runtuh dihanyutkan oleh air banjir yang begitu deras. (sebelum simpang masuk ke UiTM)

Antara kampung yang paling teruk sekali di landa banjir adalah di Paya Mengkuang, Kg. Bukit Tunggal kerana air banjir hampir mencapai paras bumbung rumah. Dan ada juga tiang elektrik telah tumbang.Semua mangsa banjir telah ditempatkan di balairaya kampung masing-masing.

Semoga semua mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi ujian ALLAH ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tok Penghulu Mukim Jementah dan semua ketua-ketua kampung serta pihak-pihak yang terlibat di dalam membantu serta bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir ini. Hanya ALLAH saja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua.

Nota : Gambar2 banjir akan di"upload"kan kemudian.