31 Januari 2011 (Ahad)
Hujan yang turun tidak henti-henti sejak hari jumaat lalu telah mengakibatkan banjir di beberapa buah kampung di Jementah. Antara kampung yang terlibat adalah Kg. Ah Tong, Kg. Seberang Gelugor, Kg. Kubu Dedap, Kg. Sungai Siput, Kg. Batu 11, Kg. Pulau Jering, Kg. Lubok Bandan, Kg. Bukit Pam, Kg. Bukit Tunggal, Kg. Tebing Tinggi, Kg. Batu 7 Dan Kg. Sengkang Legeh.
Banjir yang melanda pada kali ini adalah lebih buruk daripada banjir tahun 2006. Kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka kerana air banjir datang begitu cepat dan deras sekali.
Beberapa jalan telah ditutup kepada lalulintas antaranya di batu 9 jalan Segamat - Muar yang kedalamannya mencapai paras dada. Manakala struktur tanah di jambatan batu 8 pula telah runtuh dihanyutkan oleh air banjir yang begitu deras. (sebelum simpang masuk ke UiTM)
Antara kampung yang paling teruk sekali di landa banjir adalah di Paya Mengkuang, Kg. Bukit Tunggal kerana air banjir hampir mencapai paras bumbung rumah. Dan ada juga tiang elektrik telah tumbang.Semua mangsa banjir telah ditempatkan di balairaya kampung masing-masing.
Semoga semua mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi ujian ALLAH ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tok Penghulu Mukim Jementah dan semua ketua-ketua kampung serta pihak-pihak yang terlibat di dalam membantu serta bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir ini. Hanya ALLAH saja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua.
Nota : Gambar2 banjir akan di"upload"kan kemudian.
No comments:
Post a Comment