Taklimat Darjah Khas

28 Januari 2011

Jam 10.00 pagi menghadiri taklimat Darjah Khas tahun 2011 di Dewan Luqman Al-Hakim, SMKA Segamat. Tujuan taklimat ini diadakan supaya ibubapa mendapat penjelasan tentang Kelas Darjah Khas yang akan diadakan di SMKA ini. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Nazaruddin bin Ahmad daripada Pejabat Pendidikan Agama Daerah Segamat.

Beliau memaklumkan semua pelajar mestilah mendaftar di Sekolah Agama asal mereka dan sesi pembelajaran akan dilaksanakan di SMKA Segamat sebanyak 2 kali sebulan dan selebihnya akan belajar di sekolah agama asal mengikut jadual balik kampung. Dan apabila tiba peperiksaan pelajar akan ambil periksa di sekolah asal semasa mereka mendaftar.

Kelas ini diadakan adalah atas inisiatif pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bagi memberi peluang kepada pelajar tingkatan 1 mengikutinya demi memenuhi hasrat ibubapa supaya anak mereka dapat menamatkan pelajaran di Sekolah Agama Negeri Johor sehingga memperolehi Sijil Darjah Khas.

Semua ibubapa yang hadir amat berterima kasih dengan usaha murni pihak sekolah ini kerana tidak perlu lagi bersusah payah mengambil anak mereka pulang pada tiap-tiap minggu untuk menghadiri kelas Darjah Khas.

No comments: