Menginsafi Diri


Wahai Tuhan
Ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup
Ke nerakaMu

Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
SesungguhNya
Engakaulah pengampun
Dosa-dosa besar

Ila hil las tu lil firdaus si ah laa
Wala akwa alan naril jahimi
Fahab li taubatau wag fi zunu bi
Fa in na ka gho firuzambil azimi

Dosa-dosaku
Bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatMu
Ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan
Selamatkan kami ini
Dari segala
Kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba
Yang mengharap
Belas dariMu....

Lagu : I'tiraf
Kumpulan : Raihan
Sumber :
  • familiazam.blogdrive.com
  • Program UMNO Juara Rakyat


    Pada 10 April 2010 jam 10.30 pagi Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman telah merasmikan Program Juara Rakyat Kawasan Jementah bertempat di Dewan Serbaguna Jementah, Segamat.

    Sebelum itu pada jam 10.00 pagi, Y.A.B Menteri Besar telah singgah di Kg. Paya Jakas, Jementah kerana menyampaikan kunci rumah PPRT kepada Puan Ruziah binti Pit dan bantuan membaiki rumah Encik Pit bin Buntal.

    Di dalam majlis tersebut Dato’ MB telah berbesar hati menyampaikan Borang 5A Tanah Kurnia kepada penduduk Kg. Paya Lebar, Jementah.

    Bantuan juga telah disampaikan kepada jabatan/agensi kerajaan serta menyampaikan sijil penyertaan Program Gerak Tumpu kepada para pelajar.

    Beliau juga telah menyampaikan bantuan kepada fakir miskin yang kebanyakkannya adalah warga tua.

    Program Juara Rakyat kawasan Jementah ini diadakan bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 12.00 malam dengan pelbagai pengisian dan aturacara telah dilaksanakan.

    Pada sebelah petang pelbagai aturcara telah diadakan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan acara sukaneka pula telah diadakan di Padang Awam, Jementah.

    Program Dialog Gemilang

    09 April 2010
    Jam 8.00 malam hadir ke SK Jementah. Walaupun hujan turun dengan lebatnya namun sedikit pun tidak mematahkan semangat kami semua untuk menjayakan majlis tersebut.

    Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi murid tahun 6 di samping dapat membantu meningkatkan mutu pembelajaran di rumah melalui penglibatan ibubapa dan keluarga.

    Ianya juga dapat mempersiapkan murid dengan jati diri, semangat, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan UPSR yang semakin hampir.

    Di dalam majlis tersebut ibubapa diberi peluang untuk berdialog dengan guru-guru mengenai masalah-masalah yang timbul.

    Program ini juga dapat menjalinkan hubungan yang baik antara ibubapa, guru dan murid demi kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sekelian.

    Sekalung penghargaan kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SK Jementah kerana telah menganjurkan program ini.

    Sambutan Maulidur Rasul

    03 April 2010
    Pada malam ini program sambutan maulidur rasul telah diadakan di Surau Kg. Kubu Dedap, Jementah. Program yang setiap tahun diadakan ini bertujuan bagi memperingati hari keputeraan junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W di kalangan ahli kariah sekelian.
    Sebelum program dimulakan bacaan selawat telah diketuai oleh Tuan Imam Hj. Md Sabilan bin Hj. Saidun.

    Pada kali ini Jawatankuasa Pentadbiran surau kami telah menjemput penceramah Ustaz Kemin bin Miskon bertugas di bahagian pendidikan di Pejabat Agama Daerah Segamat.
    Antara intipati ceramah tersebut mengisahkan perjuangan rasulullah menegakkan agama Allah. Oleh itu kita sebagai umatnya mestilah patuh serta taat kepada perintah Allah serta menjauhi segala laranganNya.

    Beliau juga mengingatkan kepada para sekelian yang hadir bahawa umur 40 tahun adalah peringkat untuk mengubah perangai serta tingkahlaku kita daripada tidak baik kepada baik. Dan jika pada umur tesebut kita masih tidak lagi berupaya untuk mengubahnya maka ia akan berlarutan sehingga kita meningkat tua. Janganlah umur dah masuk 60 tahun masih lagi melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah.

    Di samping itu juga beliau meminta kita untuk mengetahui makna bacaan surah Al-Fatihah supaya solat kita menjadi lebih khusyuk dan sempurna. Dan banyak lagi panduan yang telah disampaikan oleh beliau pada majlis tersebut.

    Program tersebut telah tamat jam 11.00 malam. Mudah-mudahan kita semua mendapat pedoman serta rahmatNya daripada apa yang telah disampaikan oleh tuan penceramah tersebut. InsyaALLAH.

    Sekalung tahniah dan penghargaan kepada barisan AJK sambutan ini kerana telah bertungkus lumus di dalam menjayakan majlis tersebut. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.
    Amin…

    Tabung Haji

    02 April 2010

    Pergi ke Pejabat Tabung Haji Segamat untuk menambah sedikit simpanan kami di samping potongan bulanan melalui majikan. Tiba di kaunter TH ternampak notis yang mengatakan "Sesiapa yang mendaftar haji pada masa sekarang, giliran dapat pergi menunaikan fardhu haji ialah pada tahun 2031 iaitu 21 tahun dari sekarang". Umur kami masa tu dah 63 tahun (lepas pencen 5 tahun).

    Mengingatkan tentang kuota nie terfikir pulak di dalam hati bila lagi kami nak mendaftar ? Kalau mendaftar haji sekarang, simpanan dalam akaun pulak tak boleh dikeluarkan.

    Masalahnya duit tu asyik keluar masuk jer...

    Muhasabah Diri







    Sumber :
  • Idwal Systems Sdn. Bhd.