Temujanji Hospital Segamat

27 Julai 2011

Hari nie pergi lagi ke Hospital Segamat sebab ada temujanji. Hasil perbincangan dengan doktor dia mencadangkan supaya isteri aku nie kena masuk wad pada 14-15/08/2011 sebab nak buat pemeriksaan melalui kamera untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit yang dialaminya. Mak oii letihnya aku bulan puasa nie kena ulang alik hospital. Tapi apa boleh buat dah nasib badan kenalah terima apa yang telah ditakdirkan olehNya.

Unit Kecemasan Hospital Segamat

20 Julai 2011

Hari nie pulak pergi Hospital Segamat terus ke Unit Kecemasan kerana penyakit isteri aku kira dah teruk la nie. Setelah beberapa jam diberikan rawatan kecemasan oleh doktor yang bertugas barulah terasa lega dibahagian perutnya. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Ujian Mammogram & Ultrasound

18 Julai 2011

Hari nie ambil cuti sebab nak bawa orang rumah buat ujian Mammogram (subsidi kerajaan = RM50.00) di Hospital Pantai, Batu Pahat. Sampai di sana aku pun tunjukkan surat rujukan daripada Klinik LLPKN, Segamat.

Oleh kerana isteri aku sedang sakit yang teramat sangat dibahagian perutnya, jadi aku pun minta buat ultrasound sekali. Hasil ujian Mammogram adalah normal manakala ujian ultrasound pula doktor memberitahu dia mengalami keradangan pada bahagian hatinya.

Setelah selesai semuanya kami makan tengahari di Restoran Nasi Beriani Al-Azhar 25 jam. Pelik jugak aku biasanya sehari semalam ade 24 jam aje. Sambil tu boleh tengok Wi-Fi lagi tu. Perjalanan pergi balik ke Batu Pahat lebih kurang 300 KM. Aku catit kilometer nie sebab nak claim mileage itu pun jika diluluskan oleh pihak atasan.

Mesyuarat Jawatankuasa

10 Julai 2011

Selepas solat isyak menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Surau Kubu Dedap bagi membincangkan beberapa perkara. Hasil perbincangan tersebut ada AJK yang mencadangkan supaya membeli peralatan surau yang telah rosak seperti alat pembesar suara, jam solat digital dan karpet yang telah usang.

Tuan Pengerusi juga telah mencadangkan supaya diberikan saguhati tahunan bagi menghargai pengorbanan kepada mereka yang telah membersihkan surau pada setiap hari iaitu En. Hussin bin Nasip.

Manakala peserta tadarus AL-Quran pada bulan ramadhan pada kali ini juga akan diberikan saguhati juga tidak ketinggalan kepada En. Wiwin (yang selalu membantu Bilal Haron).

Semua AJK juga telah sebulat suara bersetuju dengan semua cadangan yang telah diutarakan. Selain daripada itu banyak lagi perkara-perkara yang telah dibincangkan bersama bagi mengimarahkan lagi surau ini.