Hari Keluarga 2011

14 Mei 2011


Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana dengan limpah dan rahmatNya, Hari Keluarga Kelab PTDi telah selamat diadakan pada 14 Mei 2011 di Hutan Lipur Sg. Bantang, Bekok, Labis serta dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan ataupun rintangan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Kelab dan kepada rakan-rakan sekelian yang telah membuat persiapan bagi menjayakan program hari keluarga pada kali ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan program ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik tuan/puan semua.

Semoga di tahun hadapan kelab kita dapat buat program yang seperti ini lagi, InsyaAllah.

Sempena Hari Ibu

08 Mei 2011


Selamat Hari Ibu kepada ibu anak-anakku. Tabahkan hati dan kuatkan iman melayani karenah anak-anak kita (adik, abang & kakak). Sempena hari ibu ini aku terkenangkan arwah ibuku yang sudah lama pergi menemui Illahi iaitu pada tahun 1972 lagi.

Waktu itu umurku baru 5 tahun dan adik perempuanku berumur 3 tahun. Sejak itu kami 2 beradik telah dipelihara oleh nenek yang kami panggil emak hinggalah sekarang (menitis airmataku mengenangkan ini semua).

Namun aku tetap redha dengan ketentuan Illahi. Semoga ibu bahagia di sana dan beroleh keampunan serta kerahmatan Allah S.W.T. Amin Ya Robbal Alamin.

* Jika anda masih ada kedua ibubapa, lawatilah mereka selalu dan kasihilah mereka sebagaimana mereka memgasihi kita sewaktu kecil.