Pendaftaran Pelajar Baru

27 Jun 2010

Pada hari ini jam 8.00 pagi aku dan rakan-rakan telah terlibat dengan pendaftaran pelajar baru bagi sessi kemasukkan Julai – November 2010. Seramai 1400 orang pelajar telah mendaftarkan diri di Dewan Sri Temengong, UiTM Johor. Antara bahagian yang terlibat ialah Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Klinik Sri Penawar, Kewangan dan Perpustakaan.

Pelajar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan yang pertama mendaftar jam 8.00 am – 11.00 am, kumpulan kedua jam 11.00 am – 1.00 pm, dan kumpulan yang ketiga jam 2.00 pm – 7.00 pm.

Kursusnya pula adalah Perakaunan, Pengajian Maklumat, Sains Komputer, Teknologi Maklumat Sains Kuantitatif, Perbankan, Pengurusan Perniagaan dan Analisis Pelaburan.
Kesemua pendaftaran telah selesai tepat jam 7.00 malam.

Syukur Alhamdulillah...

Banjir Kilat

25 Jun 2010

Hari nie rumah mak aku banjir kilat. Tak sangka pulak hujan yang begitu lebat dari tengah malam hingga ke awal pagi tadi mengakibatkan air sungai melimpah dan telah mengakibatkan rumah mak aku dan rumah-rumah disekitarnya di landa banjir. Tapi air tak masuk dalam rumah sebab masa nak buat dulu dah tambak tinggi.

Terpaksalah aku cuti hari nie sebab nak mengemaskan sampah sarap yang bertimbun tu. Sementara air banjir masih ada lagi senang la sikit nak hanyutkan sampah tu tapi kalau air dah surut problem jugak.

Anak getah yang aku tanam pada awal bulan nie pun kena banjir jugak. Aduhai…banyak pokok yang tumbang sebab airnya terlalu deras.

Apabila air dah mula surut aku pun bangunkan semula pokok-pokok tu. Tawakkal pada ALLAH semoga semua pokok getah tu terus hidup subur hendaknya.

Lepas sembahyang jumaat aku sambung lagi kerja-kerja mengemaskan sampah sarap tu. Satu hari nie dari pagi sampai ke petang takde gaji.

Apa boleh buat…dah nasib badan…terima aje lah…

Tanam Anak Getah

04 Jun 2010

Hari nie mula tanam anak getah sebanyak 250 pokok. Nak tanam sendiri rasa malas pulak jadi aku upahkan pada Abang Man. Upah menanam sepokok anak getah ialah RM2.50. Dia buat secara gotong-royong dengan anak dan isterinya.

Ini semua adalah persediaan masa aku pencen nanti. Walaupun pencen ada lebih kurang 16 tahun lagi. Aku fikir kalau tak bersedia dari sekarang bila pencen nanti nak buat kerja apa pulak ya. Janji masyukkk...

Ini pun dah kira terlambat jugak sebab kawan-kawan aku punya pokok getah dah menjangkau umur 5 tahun dan tak lama lagi dah nak menoreh. Walaubagaimana pun aku akan tekadkan semangat untuk menjaganya supaya semua pokok getah itu cepat membesar.

Oleh kerana aku nie tak pernah langsung tanam anak getah jadi kenalah selalu bertanya pada mereka yang ada kebun getah tentang cara-cara penjagaannya. Mereka kata kalau anak getah nak cepat membesar kenalah baja sebulan sekali dan kebun pulak tak boleh terlalu semak dan kena lah di racun selalu.

Mudah-mudahan projek nie menjadi dan aku bermohon pada ALLAH mudah-mudahan dijauhi dari sebarang penyakit dan musuh-musuh tanaman.

Amin.