Banjir Kilat

25 Jun 2010

Hari nie rumah mak aku banjir kilat. Tak sangka pulak hujan yang begitu lebat dari tengah malam hingga ke awal pagi tadi mengakibatkan air sungai melimpah dan telah mengakibatkan rumah mak aku dan rumah-rumah disekitarnya di landa banjir. Tapi air tak masuk dalam rumah sebab masa nak buat dulu dah tambak tinggi.

Terpaksalah aku cuti hari nie sebab nak mengemaskan sampah sarap yang bertimbun tu. Sementara air banjir masih ada lagi senang la sikit nak hanyutkan sampah tu tapi kalau air dah surut problem jugak.

Anak getah yang aku tanam pada awal bulan nie pun kena banjir jugak. Aduhai…banyak pokok yang tumbang sebab airnya terlalu deras.

Apabila air dah mula surut aku pun bangunkan semula pokok-pokok tu. Tawakkal pada ALLAH semoga semua pokok getah tu terus hidup subur hendaknya.

Lepas sembahyang jumaat aku sambung lagi kerja-kerja mengemaskan sampah sarap tu. Satu hari nie dari pagi sampai ke petang takde gaji.

Apa boleh buat…dah nasib badan…terima aje lah…

2 comments:

NzA said...

OTW g sk hr jumaat, parit sepjg jln ke SKPK dilimpahi air...n smlm masa g antar adik ke uthm, byk rumah2 sepjg jln ke b.pahat dinaiki air....dasyat gak kalu camni....

Admin said...

2 nza...Dah kuasa Allah...kita kena terima...