Tanam Anak Getah

04 Jun 2010

Hari nie mula tanam anak getah sebanyak 250 pokok. Nak tanam sendiri rasa malas pulak jadi aku upahkan pada Abang Man. Upah menanam sepokok anak getah ialah RM2.50. Dia buat secara gotong-royong dengan anak dan isterinya.

Ini semua adalah persediaan masa aku pencen nanti. Walaupun pencen ada lebih kurang 16 tahun lagi. Aku fikir kalau tak bersedia dari sekarang bila pencen nanti nak buat kerja apa pulak ya. Janji masyukkk...

Ini pun dah kira terlambat jugak sebab kawan-kawan aku punya pokok getah dah menjangkau umur 5 tahun dan tak lama lagi dah nak menoreh. Walaubagaimana pun aku akan tekadkan semangat untuk menjaganya supaya semua pokok getah itu cepat membesar.

Oleh kerana aku nie tak pernah langsung tanam anak getah jadi kenalah selalu bertanya pada mereka yang ada kebun getah tentang cara-cara penjagaannya. Mereka kata kalau anak getah nak cepat membesar kenalah baja sebulan sekali dan kebun pulak tak boleh terlalu semak dan kena lah di racun selalu.

Mudah-mudahan projek nie menjadi dan aku bermohon pada ALLAH mudah-mudahan dijauhi dari sebarang penyakit dan musuh-musuh tanaman.

Amin.

1 comment:

Anonymous said...

Salam.. Macam mana perusahaan Getah tuan? Ada stock tak kalau sy mahukan anak Getah Klon 350 dlm kuantiti 100k? Hubungi Saya Razali 0176407003