Taklimat

18 Februari 2010
Pada hari ini tibalah giliran aku pulak memberikan taklimat kepada rakan sekerja yang lain supaya mereka semua mendapat penjelasan yang lengkap tentang tugas dan tanggungjawab seseorang kakitangan tentang tatacara pemprosesan sesuatu bahan yang diterima.Bagi aku taklimat yang seperti ini juga merupakan suatu titik tolak di mana kita boleh mempelajari sesuatu untuk memahirkan diri kita. Ianya juga merupakan satu elemen penting bagi meningkatkan keberkesanan produktiviti seseorang staf seperti yang telah diamanahkan.

Taklimat yang julung2 kali diadakan oleh pihak penganjur ini adalah satu inisiatif bagi memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang kebolehan membuat persembahan pengucapan awam dikalangan kakitangan dan akhir sekali semua peserta telah diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan.
* Aku rasa macam takde bakat langsung sewaktu aku memberikan taklimat. Al maklumlah takde pengalaman, mungkin lain masa nanti aku dah pandai sikit memberikan ucapan.
InsyaAllah..........

Kursus Staf

29 - 31 Januari 2010
Sessi bergambar ramai-ramai di hadapan Pusat Latihan UiTM Kg. Gajah, Perak.

Para peserta kursus sedang tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Pendaftar.
Aikk kawan aku nie tertidur pulak....Mungkin keletihan agaknya.

Wahh !!! ceria nampakkk...

Kini tiba pulak giliran kumpulan aku buat persembahan....Kami menyanyi lagu Kenanganku dendangan Jefrydin. Para hadirin semua memberikan tepukan gemuruh.
Apa yang lucunya ? Tergelak besar nampak !!!

Ustaz Kamaruddin bin Abd. Majid (Pegawai Agama) sedang menyampaikan kuliah subuh.
Kelihatan para peserta kursus begitu khusyuk sekali mendengar kuliah subuh.Mudah-mudahan kami semua mendapat keberkatan ALLAH.

Maman Jai @ Somaliland

1 Januari 2010
Diam tak diam dah hampir 3 bulan maman jai kerja kat Somaliland. Dia pergi sana dengan rakan sekerjanya aje. Isteri dan anak2nya tak ikut, tinggal kat Malaysia.

Dia kata bila balik nanti nak settlekan semua hutang2nya. Berapa gaji dia sebulan kat sana ya ? RAHSIA...Dia juga nak beli apartment kat Tiara Beach Resort di Port Dickson untuk disewakan (wow!!! banyaknya duit maman) Kami adik-beradik memang setuju sangat sebab dapat la kita orang tidur free tiap tahun kat aparment tu nanti. Tumpang tuah la katakan. Hehehehe....

Kalau kita orang rindu kat dia guna skype atau yahoo messenger (video call). Kami semua doakan mudah2an maman jai dipelihara ALLAH sentiasa di sana. Amin...

* Kalau ade sesaper nak contact maman jai
  • klik sini
  • Salam Maal Hijrah

    1 Muharram 1431H bersamaan dengan 15 Disember 2009

    Seperti yang kita semua ketahui satu Muharram adalah detik permulaan bagi perkiraan tahun baru kalendar islam. Jika kita mengimbau kembali sejarah islam, ianya juga merupakan saat perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

    Hijrah juga memerlukan pengorbanan supaya kita dapat membentuk perpaduan. Oleh itu mari kita semua menyambut Maal Hijrah dengan meningkatkan semangat serta tegakkan syiar islam di sepanjang zaman.

    Selamat 'Berhijrah' ke arah yang lebih baik.Selamat tinggal segala yang menghitamkan buku kita 1431H.

    Akhir Kata Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H.

    Hari Keluarga

    MERCU BEACH RESORT 20 - 21 JUN 2009
    Sessi bergambar di lobi Mercu Beach Resort.

    Semoga ikatan kekeluargaan antara kita semua akan bertambah erat lagi di masa akan datang.InsyaAllah.

    Untuk melihat aktiviti hari keluarga, sila klik butang "play".

    Hari Kualiti

    23 JAN 2009

    Para penerima anugerah khidmat cemerlang turun dari bas.
    Di sambut oleh Tuan pengarah Kampus dan Timbalan Pendaftar.

    Wahh !!! bukan main banyak lagi hidangan atas meja tu...boleh habis ke makan ?
    Dari kiri Kak Lin, Aku & En. Leman

    Kumpulan D'lloyd - Keagungan Tuhan

    Masihkah anda semua ingat lagi akan lagu yang pada suatu masa dulu menjadi siulan anak2 muda pada ketika itu (tahun 70-an.)

    Masa tu aku baru berumur 10 tahun (1978) tapi memang minat betul dengan lagu nie memang best lah. Tapi masa tu diaorang bunyikan menggunakan piring hitam.Mana ade VCD/DVD macam sekarang nie...

    Kalau anda semua nak tau rupa2nya lagu tu "mat indon" yang nyanyi... patut la sedap bunyinya.








     


     

    Lirik Lagu : Kumpulan D'lloyd

    Insaflah wahai manusia
    Jika diri mu bernoda
    Dunia hanya naungan
    'Tuk makhluk ciptaan Tuhan

    Dengan tiada terduga
    Dunia ini kan binasa
    Kita kembali ke asalNya
    Menghadap Tuhan Yang Esa

    >chorus<

    Dialah Pengasih dan Penyayang
    Kepada semua insan
    Janganlah ragu atau bimbang
    Pada keagungan Tuhan
    Betapa Maha BesarNya
    Pencipta alam semesta

    Siapa selalu mengabdi
    Berbakti pada Ilahi
    Kan sentosa selamanya
    Di dunia dan akhir masa