Salam Maal Hijrah

1 Muharram 1431H bersamaan dengan 15 Disember 2009

Seperti yang kita semua ketahui satu Muharram adalah detik permulaan bagi perkiraan tahun baru kalendar islam. Jika kita mengimbau kembali sejarah islam, ianya juga merupakan saat perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Hijrah juga memerlukan pengorbanan supaya kita dapat membentuk perpaduan. Oleh itu mari kita semua menyambut Maal Hijrah dengan meningkatkan semangat serta tegakkan syiar islam di sepanjang zaman.

Selamat 'Berhijrah' ke arah yang lebih baik.Selamat tinggal segala yang menghitamkan buku kita 1431H.

Akhir Kata Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H.

No comments: