Puspakom

24 November 2010

Aku menerima panggilan telefon daripada Penghulu mengatakan mukim kita dapat sebuah van yang dibeli secara tender untuk dijadikan van jenazah bagi mukim Jementah dan dia meminta aku mewakilkannya untuk pergi ke Puspakom yang berdekatan buat pemeriksaan untuk tukar nama.

Pada jam 9.00 pagi aku bersama seorang rakan pergi ke tempat tersebut, setelah dibuat pemeriksaan oleh pemeriksa selama hampir satu jam rupa-rupanya no. pada enjin begitu berbeza sekali dengan no. yang tertera pada hakmilik. Keputusannya "GAGAL"

Yang aku pelik bagaimana proses tukar enjin tersebut tidak didaftarkan kepada pihak JPJ ?

Isteri Masuk Wad

19 November 2010

Jam 9.00 pagi tiba di wad kecemasan Hospital Segamat kerana isteriku mengalami sakit puan dan nampak semakin pucat mukanya. Setelah diperiksa oleh doktor yang bertugas lalu isteriku dimasukkan ke Wad 9 katil no. 7. Semua adik-beradik telah ku beritahu akan hal ini termasuklah mak & ayah mertua.

Sebelah petang pula aku dan anak2 datang lagi ke hospital untuk melawat dari jam 6.00 pm - 7.00 pm. Alhamdulillah keadaannya semakin pulih. Setiap hari lah nampaknya kami anak beranak kena berulang alik ke Hospital.

Mudah-mudahan isteriku cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti sediakala.

Amin.

Salam Aidil - Adha

15 November 2010

Kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung muslimin dan muslimat sekelian.

Marilah kita sama-sama mendoakan kepada mereka yang sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah supaya dapat melakukan semua rukun haji dengan sempurna.

Mudahan-mudahan mereka semua mendapat haji yang mabrur.

Amin.

Keputusan UPSR

11 November 2010

Alhamdulillah, hari nie anakku yang no. 2 Abang Faiz menerima keputusan UPSR 4A 1C. Kami sebagai ibubapa tetap redho dengan keputusan ini. Walaubagaimanapun ribuan terima kasih diucapkan kepada guru2 SK Jementah yang telah mengajar bersungguh2 kepada semua calon UPSR. Pada tahun ini seramai 5 orang calon telah mendapat 5A iaitu1 lelaki dan 4 perempuan.
Pada sebelah petang pula telah diadakan penyampaian hadiah kecemerlangan dimana Abang Faiz telah mendapat Tempat Pertama Kelas Terbaik 6 Malinja dan anugerah Lonjakan Saujana. Hadiahnya ialah wang tunai RM30.00, buku latihan untuk tingkatan 1 sebanyak 5 naskah, calculator jenama Casio, pingat dan 2 keping Sijil Kecemerlangan.

Mudah-mudahan Abang Faiz lebih cemerlang akademiknya di masa akan datang.

Amin.

Bengkel K.I.K

02 November 2010 Hari ini kumpulan kami adalah antara 3 Kumpulan Innovatif & Kreatif UiTM Johor yang telah terpilih untuk menyertai bengkel ini di Pusat Latihan & Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Jementah. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan lagi dan juga sebagai persediaan bagi menghadiri Konvensyen KIK peringkat UiTM yang akan berlangsung di UiTM Kelantan.

Jemputan Kahwin

30 Oktober 2010


Hari nie aku sekeluarga pergi jemputan kahwin di rumah Paman Ehsan, Seksyen 24 Shah Alam. Untuk jalan jauh kereta aku pulak buat hal jadi terpaksalah pinjam kancil bapa mertua. Sampai di Dengkil kami berhenti rehat.
Oleh kerana tak faham sangat jalan aku minta tolong adik ipar aku, Huzaini untuk tunjukkan jalan selok belok kat sana.

Lepas jemputan pulak kami anak beranak ke rumah adik ipar aku di Bandar Sunway. Sebelah malam pulak kami menyambut harijadi anak2nya adam dan lisa dan juga pembantu rumahnya bibik.
Lepas tu pulak pergi makan-makan kat Petaling Jaya. Memang sedap makan kat sini, anak2 aku kata...ayah bila2 nak makan kat sini lagi lah...sedap...