APC

28 Nov 2008

Pagi-pagi lagi, masuk aje kerja dah terima surat daripada pihak pengurusan UiTM, menyatakan aku adalah salah seorang daripada 38 orang yang telah dipilih untuk untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Syukur alhamdulillah..... dah rezeki kami sekeluarga.

Kalau tahun lepas kami sekeluarga di ujinya dengan berbagai dugaan (isteri sakit) tahun nie pulak di kurniakan olehNYA rezeki yang tidak terduga.
SesungguhNYA ALLAH itu Maha Kaya.

Abang & Adik Masuk Jawi

21 Nov 2008 jumaat jam 10.00 pagi

Adik (9 tahun) & abang (10 tahun) telah selamat berkhatan di Klinik Keluarga, Jementah. Mereka berdua kata kalau dah baik nanti nak makan KFC. Ok lah tak kisah la tu.

Ayah dan emak mendoakan semoga abang dan adik cepat sembuh.
Amin...





Ayah & Mak Mertua Menunaikan Fardhu Haji

13 Nov 2008
Kami sekeluarga begitu terharu sekali kerana pada hari ini ayah & emak mertua akan bertolak menunaikan fardhu haji ke Mekah.

Kami bertolak dari rumah tepat jam 9.00 pagi kerana tidak mahu berlaku kesesakan samada di jalanraya ataupun dilapangan terbang Senai, J.Bahru. Tiba di sana tepat jam 12.00 tengahari dan sanak saudara yang tinggal di Johor Bahru telah pun menunggu kami.

Semoga ayah & mak diberikan kesihatan yang baik semasa berada di tanah suci nanti serta mendapat haji yang mabrur. Amin...

Untuk maklumat lanjut tentang haji klik http://www1.bharian.com.my/Misc/HajiUmrah






Aiman tertidur....kepenatan....dalam perjalanan...