Salam Aidil - Fitri 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Di kesempatan ini, saya bagi pihak keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri. Maaf Zahir & Batin!

Hari raya pada tahun ini kami sekeluarga akan menyambutnya di Kg. Parit Kassan, Bukit Gambir, Muar kerana ibu dan bapa mertua saya, INSYAALLAH pada tahun ini akan menunaikan fardhu haji ke Mekah.

Dan pada petang hari raya ke 2 pula, kami akan pulang beraya di kampung saya di Jementah.

Hari raya pada kali ini amat bermakna bagi diri saya kerana ianya bersamaan dengan tarikh harijadi saya iaitu 1 Oktober.

Semoga hari raya ini juga adalah hari yang penuh bermakna bagi anda seisi keluarga!

Sekali lagi, saya bagi pihak keluarga mengucapkan salam Aidil-Fitri. Maaf Zahir & Batin sekiranya ada salah dan silap.

Akhirkata berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi.

Wassalam.

  • Lagu Raya


  • Kad Raya


  • Upload Video Raya
  • Salam Ramadhan Al - Mubarak 2008






    Ramadan datang lagi ! ! !



    Sedar atau tidak, ramai antara kita melalui Ramadan tanpa persiapan rapi. Semuanya bagaikan berserah. Masuk Ramadan, maka puasalah! Habis Ramadan…rayalah! Bahkan, jika dibandingkan sambutan menyambut Ramadan dan sambutan Syawal, bezanya amat terasa.



    Salam ranadhan buat semua pengunjung blog ini! Semoga ALLAH melindungi kita semua.



    Amin...