Hari Keluarga

12-14 Mac 2010
SUDARA BEACH RESORT, TOK BALI, BACHOK, KELANTAN.








 


 


Kami bertolak dari UiTM Johor jam 10.30 malam dengan 2 buah bas dan telah selamat sampai di Rantau Panjang, Kelantan jam 12.00 tengahari. Apa lagi shopping sakan la kami anak beranak. Kat situ aku belikan abang & adik kasut dan baju sukan. Aku pulak beli capal aje. Isteriku pulak beli telekung. Sambil jalan-jalan teringin pulak nak makan ciku siam, kena la beli nampaknya sekilo RM3.00 (beli 3 kg) fulamak sedapnya & manis pulak tu nyum nyum...

Tepat jam 1.30 pm kami pun mula bertolak ke Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan dan sampai di sana jam 5.30 petang.

Jam 6.30 petang semua peserta dikehendaki berkumpul di padang permainan sebab ada acara sukaneka. Abang dan adik ambil acara tiup belon sampai pecah tapi mereka berdua tiup tak pecah2 jadi kalah la dia. Aku pulak masuk acara boling kelapa dan mendapat tempat ke 2 (tak sia-sia aku pungut buah kelapa tiap hujung minggu). Manakala acara tarik tali pulak kumpulan aku mendapat johan.

Jam 8.00 malam pulak jamuan makan malam dan barbeque. Sambil makan semua peserta dihiburkan oleh penyanyi jemputan, syafiq. Malam tu aku dapat "hamper" (hadiah) naib johan acara boling kelapa.

Jam 10.30 malam kami semua shopping lagi ke Wakaf Che Yeh. Isteriku beli baju 5 pasang mak oiii banyaknya(kasi adik-beradik). Balik semula ke resort jam 3.00 pagi. (pokai2)

Keesokkan harinya jam 10.00 pagi kami semua berendam dalam kolam. Fuhh seronoknya aku tengok anak2 aku mandi.

Jam 11.30 pagi kami semua telah disajikan dengan jamuan yang begitu menyelerakan dan selepas makan kami pun check-out di kaunter resort.

Jam 12.30 tengahari bertolak pula ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu kerana ada lawatan dan sampai di sana jam 3.30 petang

Jam 5.00 petang bertolak balik ke Segamat dalam perjalanan balik singgah pulak kat Pasar Payang, Kuala Terengganu. Kena lagi aku.....beli tepak sireh, bekas air panas, beli baju mak dan tabung nasi (senang kalau nak buat kenduri)

Dalam perjalanan balik singgah lagi beli keropok pulak. Hai pokai2.

Alhamdulillah kami semua telah selamat pulang di UiTM Johor pada jam 5.00 pagi. Walaupun masih penat dan mengantuk, semua itu tidak melunturkan semangat aku bertugas pada hari tu untuk melaksanakan tugasan dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih dengan pihak penganjur iaitu Jawatankuasa Kelab Perpustakaan Tun Dr Ismail dan semua keluarga yang terlibat dalam program Hari Keluarga PTDi 2010 dan juga Lawatan ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu.

Kami semua amat berpuas hati atas komitmen pihak penganjur dalam menjayakan program ini. Susah payah kalian semua barisan Jawatankuasa Kelab dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan hanya Allah jua yang dapat membalasnya.

Sambutan Maulidur Rasul

05 Mac 2010








 


 


Tepat jam 8.00 pagi kami dah berkumpul di Dataran Seri Bendahara untuk meraikan program sambutan maulidur rasul. Selepas itu kami pun beramai-ramai berarak sambil memegang sepanduk serta berselawat menuju ke Dewan Seri Temenggong.

Ceramah maulidur rasul telah disampaikan oleh Ustaz Ismail bin Mat Ali. Beliau merupakan pengurus Syarikat Ansar Biz Center, Johor Bahru. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada ceramah yang telah diberikan.

Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan hidayatNya.
Amin...

Genap Setahun

28 Februari 2010

Mak aku mula pindah ke rumah nie pada 28 Februari 2009 maka genaplah setahun mak aku mendiami rumah nie (Program Rumah Mesra Rakyat)

Bayaran bulanan sebanyak RM150.00 aku bayar melalui ejen SPNB iaitu Bank Simpanan Nasional. Mengikut perjanjian, aku perlu membuat pembayaran yang pertama pada bulan Mei 2009 dan bayaran seterusnya hendaklah dijelaskan sebelum 15hb pada tiap-tiap bulan.

Kelmarin aku mendapat surat daripada SPNB,KL meminta supaya membayar insuran kebakaran sebanyak RM80.00 untuk setahun dan perlu dibayar pada tiap-tiap tahun.

Bayaran insuran nie penting sebab jika berlaku kebakaran ataupun rumah dilanda banjir akan ditanggung oleh pihak insuran.Kalau tak bayar pulak kalau ade apa-apa hal berlaku, rumah ada atau tiada tetap kena bayar jugak.