Web PPSM

29 Disember 2010

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Hari nie aku nak perkenalkan kepada pengunjung blog ini tentang kewujudan satu laman web PPSM yang begitu praktikal dan efisen. Laman web ini juga sama seperti laman network seperti "FACEBOOK" ataupun "MYSPACE" dan ianya terbuka kepada semua Pembantu Perpustakaan seluruh Malaysia. Sebelum login kita perlu mendaftarkan keahlian kita. Aku rasa banyak info yang dapat kita manafaatkan daripada laman web tersebut.Untuk maklumat lanjut sila klik
  • sini
  • Melawat Kematian

    26 Disember 2010

    Hari nie aku dan mak pergi ke Kg. Bukit Banjar, Tangkak kerana melawat Allahyarham Pak Cik Misnan yang telah meninggal dunia petang semalam akibat penyakit kencing manis. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar dan telah koma selama 2 minggu.

    Begitu ramai sanak saudara serta sahabat handai yang datang menziarahi jenazah beliau untuk memberikan penghormatan yang terakhir. Jenazahnya telah selamat dikebumikan lebih kurang jam 12.00 tengahari.

    Mudah-mudahan roh Allahyarham pak cik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

    Al-fatihah.

    Surat Akuan

    12 Disember 2010

    Pada hari ini kami dua beradik telah menandatangani surat akuan sumpah di pejabat Pesuruhjaya Sumpah di No. 2, Taman Ria, Jementah berkenaan pembahagian tanah GM2333 Lot 1218 Mukim Jementah.

    Ini adalah kerana semasa proses pindahmilik tanah dilakukan di Pejabat Tanah Segamat, pegawai tersebut memberitahu tanah tersebut tidak boleh diletakkan dua nama kerana tidak mencukupi keluasannya iaitu sekurang-kurangnya 1 ekar untuk 1 nama dimana keluasan tanah yang sedia ada hanyalah 1E.2R.04P sahaja.

    Melalui surat sumpah tersebut aku membuat akuan menyerahkan sebahagian lagi tanah tersebut sebagaimana mengikut pesanan mak supaya sebahagian tanah tersebut hendaklah diberikan kepada adik perempuanku.

    Walaupun di dalam hakmilik tersebut tertera nama aku seorang tetapi pada hakikatnya sebahagian lagi tanah tersebut adalah milik adik perempuanku. Dan di antara sempadan tanah itu juga telah ditandakan dengan batu bersimen dan kami adik beradik telah bersetuju dengan pembahagian sempadan tanah tersebut.

    Melalui surat sumpah itu juga aku membuat akuan tidak akan menuntut hak atau mengambil sebarang tindakan undang-undang atau apa-apa prosiding mahkamah terhadap adik aku ini setelah sebahagian tanah tersebut diserahkan kepada beliau.

    Tujuan sebenar aku membuat surat akuan ini supaya tidak timbul segala masalah di masa akan datang dan anak-anak kami juga tidak boleh mempertikaikan apa yang telah dipersetujui antara kami adik beradik.

    "مَنِ اقْتَطَعَ شِبْرًا مِنَ الأَرْضِ ظُلْمًا طَوَّقَهُ اللَّهُ إِيَّاهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ. رواه مسلم

    * Maksud hadis nabi "Barang siapa yang merampas walau sejengkal tanah (orang lain) secara aniaya nescaya Allah akan menghimpitkannya dengan tujuh lapis (petala) tanah atau bumi pada hari kiamat kelak" (Riwayat Muslim).

    Jemputan Kahwin

    11 Disember 2010

    Jam 7.00 pagi kami bertolak dengan 3 buah kereta pergi jemputan rumah pak cik, Tuan Haji Othman b. Haji Sater di Kg. Melayu Kangkar Pulai, J. Bahru (adik mak mertua).Sebelum sampai rumah pengantin kami semua singgah rumah mak cik zamrah di Taman Sri Pulai Perdana. Dan sampai di rumah pengantin tepat jam 12.00 tengahari.

    Setelah selesai majlis kami semua pergi menziarahi nenek isteriku sakit dan ditempatkan di wad ICU Hospital Sultanah Aminah, J. Bahru. Nenek masuk hospital sehari sebelum majlis iaitu selepas pengantin selamat diijabkabul tiba-tiba nenek pengsan lalu di hantar oleh bapa pengantin ke hospital. Hasil pemeriksaan yang dijalankan doktor kata ada darah beku di kepala.

    Kami semua mendoakan mudah-mudahan penyakit nenek cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Amin.

    Selamat Tahun Baru Hijrah

    05 Disember 2010

    1 Muharram 1432H bersamaan dengan 07 Disember 2010

    Assalamualikum dan salam sejahtera.

    Sempena menyambut tahun baru hijrah ini, marilah kita sama-sama mengambil iktibar akan segala perkara yang telah berlaku. Tanamkan niat serta berikhtiar untuk perubahan yang lebih baik dan yang lebih bermanafaat untuk diri, keluarga dan untuk orang-orang di sekeliling kita.InsyaAllah.

    Semoga 12 bulan mendatang penuh cemerlang,
    52 minggu penuh kebahagiaan,
    365 hari penuh keberkatan,
    8760 jam dilimpahi kasih sayang,
    8525600 minit penuh kesabaran.

    Hayatilah senikata lagu daripada kumpulan Al-Jawaher suatu ketika dulu...
    Satu Muharram detik permulaan
    Perkiraan Tahun Islam Hijrah
    Perpindahan Nabi & umat Islam
    Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

    Atas keyakinan & iman yg teguh
    Kaum Muhajirin & Ansar bersatu
    Rela berkorban, harta & nyawa
    Demi menegakkan Islam tercinta

    Hijrah itu pengorbanan
    Hijrah itu perjuangan
    Hijrah itu persaudaraan
    Hijrah membentuk perpaduan

    Oleh itu mari semua
    Kita sambut Maal Hijrah
    Tingkatkan semangat
    Tegakkan syiar Islam
    Untuk sepanjang zaman.

    Puspakom

    24 November 2010

    Aku menerima panggilan telefon daripada Penghulu mengatakan mukim kita dapat sebuah van yang dibeli secara tender untuk dijadikan van jenazah bagi mukim Jementah dan dia meminta aku mewakilkannya untuk pergi ke Puspakom yang berdekatan buat pemeriksaan untuk tukar nama.

    Pada jam 9.00 pagi aku bersama seorang rakan pergi ke tempat tersebut, setelah dibuat pemeriksaan oleh pemeriksa selama hampir satu jam rupa-rupanya no. pada enjin begitu berbeza sekali dengan no. yang tertera pada hakmilik. Keputusannya "GAGAL"

    Yang aku pelik bagaimana proses tukar enjin tersebut tidak didaftarkan kepada pihak JPJ ?

    Isteri Masuk Wad

    19 November 2010

    Jam 9.00 pagi tiba di wad kecemasan Hospital Segamat kerana isteriku mengalami sakit puan dan nampak semakin pucat mukanya. Setelah diperiksa oleh doktor yang bertugas lalu isteriku dimasukkan ke Wad 9 katil no. 7. Semua adik-beradik telah ku beritahu akan hal ini termasuklah mak & ayah mertua.

    Sebelah petang pula aku dan anak2 datang lagi ke hospital untuk melawat dari jam 6.00 pm - 7.00 pm. Alhamdulillah keadaannya semakin pulih. Setiap hari lah nampaknya kami anak beranak kena berulang alik ke Hospital.

    Mudah-mudahan isteriku cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti sediakala.

    Amin.

    Salam Aidil - Adha

    15 November 2010

    Kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung muslimin dan muslimat sekelian.

    Marilah kita sama-sama mendoakan kepada mereka yang sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah supaya dapat melakukan semua rukun haji dengan sempurna.

    Mudahan-mudahan mereka semua mendapat haji yang mabrur.

    Amin.

    Keputusan UPSR

    11 November 2010

    Alhamdulillah, hari nie anakku yang no. 2 Abang Faiz menerima keputusan UPSR 4A 1C. Kami sebagai ibubapa tetap redho dengan keputusan ini. Walaubagaimanapun ribuan terima kasih diucapkan kepada guru2 SK Jementah yang telah mengajar bersungguh2 kepada semua calon UPSR. Pada tahun ini seramai 5 orang calon telah mendapat 5A iaitu1 lelaki dan 4 perempuan.
    Pada sebelah petang pula telah diadakan penyampaian hadiah kecemerlangan dimana Abang Faiz telah mendapat Tempat Pertama Kelas Terbaik 6 Malinja dan anugerah Lonjakan Saujana. Hadiahnya ialah wang tunai RM30.00, buku latihan untuk tingkatan 1 sebanyak 5 naskah, calculator jenama Casio, pingat dan 2 keping Sijil Kecemerlangan.

    Mudah-mudahan Abang Faiz lebih cemerlang akademiknya di masa akan datang.

    Amin.

    Bengkel K.I.K

    02 November 2010 Hari ini kumpulan kami adalah antara 3 Kumpulan Innovatif & Kreatif UiTM Johor yang telah terpilih untuk menyertai bengkel ini di Pusat Latihan & Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Jementah. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan lagi dan juga sebagai persediaan bagi menghadiri Konvensyen KIK peringkat UiTM yang akan berlangsung di UiTM Kelantan.

    Jemputan Kahwin

    30 Oktober 2010


    Hari nie aku sekeluarga pergi jemputan kahwin di rumah Paman Ehsan, Seksyen 24 Shah Alam. Untuk jalan jauh kereta aku pulak buat hal jadi terpaksalah pinjam kancil bapa mertua. Sampai di Dengkil kami berhenti rehat.
    Oleh kerana tak faham sangat jalan aku minta tolong adik ipar aku, Huzaini untuk tunjukkan jalan selok belok kat sana.

    Lepas jemputan pulak kami anak beranak ke rumah adik ipar aku di Bandar Sunway. Sebelah malam pulak kami menyambut harijadi anak2nya adam dan lisa dan juga pembantu rumahnya bibik.
    Lepas tu pulak pergi makan-makan kat Petaling Jaya. Memang sedap makan kat sini, anak2 aku kata...ayah bila2 nak makan kat sini lagi lah...sedap...

    Hari Jumaat

    15 Oktober 2010

    Hari ini aku sembahyang jumaat di masjid Kg. Sungai Siput yang baru siap diubahsuai. Aku begitu teruja dengan keindahan seni binaan masjid tersebut. Dalamannya yang cantik dan ruangnya yang begitu luas telah memberi keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan amal ibadah.

    Sepanjang pengubahsuaian dilakukan jemaah masjid tersebut telah menumpang bersembahyang di balairaya kampung tersebut yang jaraknya 1 km daripada masjid tersebut. Kerja-kerja ubahsuai telah dapat disiapkan dalam masa 3 bulan sahaja.

    Teks khutbah pada hari ini telah dibacakan oleh Imam 2 masjid tersebut iaitu Encik Nahar bin Ahmad. Di dalam khutbahnya beliau menyeru kepada jemaah sekelian, kita semua hendaklah menanamkan cita-cita untuk menunaikan fardhu haji ke Mekah. Di samping itu juga kita hendaklah berdoa ke hadrat Illahi memohon dikurniakan rezeki yang halal supaya hajat kita semua dimakbulkan oleh Allah.

    Semasa sembahyang jumaat Tuan Imam telah membacakan Surah Al-Hasyr ayat 21-24. Surah inilah yang telah diajarkan oleh bapa mertuaku supaya menghafalnya suatu masa dulu sewaktu isteriku sakit tenat. Dan kini aku telah mengamalkan membacanya setiap selepas sembahyang subuh dan maghrib.Untuk mengetahui surah tersebut klik
  • sini
  • Mini Konvensyen KIK

    06 Oktober 2010


    Hari nie kumpulan KIK kami yang dianggotai seramai 10 orang telah menyertai Konvensyen KIK Zon Selatan dan berlangsung di Dewan Sri Peria, UiTM Johor. Sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan pada kali ini. Kumpulan kami telah mempersembahkan projek "Security Tool Book Holder".
    Majlis perasmian penutup dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Puan Azizah bte Aris Timbalan Pengarah BPJI, UiTM Johor.

    Pada mini konvensyen ini kumpulan kami telah mendapat tempat ketiga anugerah inovasi teknikal. Kepenatan dan keletihan kami semua terbalas jua dengan kejayaan yang di raih. Moga ianya merupakan langkah kejayaan untuk menapak di peringkat UiTM Malaysia. InsyaAllah.

    Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang telah bersusah payah mengembleng tenaga, idea, masa dan wang ringgit bagi menyiapkan projek ini. Usaha, takwa dan istiqamah yang berterusan pasti akan membuahkan hasil yang positif dan mendapat kerahmatan daripadaNya. Idea2 rakan-rakan dalam memberi ulasan menambahbaik projek hingga mencapai ke tahap ini adalah amat membanggakan. Kerjasama yang sebegini patut diteruskan untuk masa-masa akan datang.

    Ribuan terima kasih kepada barisan juri yang begitu komited dan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan mini konvensyen kali ini.

    Sambutan Hari Raya - Taman Dedap

    02 Oktober 2010

    Malam nie jam 9.00 malam telah berlangsungnya majlis sambutan hari raya peringkat Taman Dedap. Bacaan doa telah dibacakan oleh Imam Surau Kg. Kubu Dedap iaitu Tuan Haji Md. Sabilan b.Hj. Saidon.

    Antara pengisian program iaitu bacaan selawat @ marhaban kemudian diikuti pula penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang UPSR dan PMR 2009. Seramai 8 orang pelajar anak-anak penduduk taman ini telah dipilih untuk menerima cenderahati tersebut.

    Majlis yang pertama kali diadakan ini begitu meriah sekali dan dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama insan. Semua penghuni taman tak kira penyewa ataupun penduduk tetap telah sama-sama berganding bahu bergotong-royong daripada pagi hinggalah tamat majlis. Diharap program yang seumpama ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan.

    Tahniah kepada barisan AJK Taman Dedap yang telah berjaya menganjurkan program ini. Semoga raya tahun hadapan dapat buat majlis seperti ini lagi.

    InsyaAllah.

    Ulangtahun Kelahiran

    01 Oktober 2010

    Hari nie adalah hari ulangtahun kelahiranku yang ke 42. Syukur pada Allah kerana telah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepadaku selama ini.

    Berbagai ucapan yang telah aku terima antaranya mendoakan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan berbagai-bagai lagi.

    Dato’ NC UiTM juga telah menghantar ucapan melalui email rasmi. Telah menjadi kelaziman beliau akan menghantar email pada setiap stafnya yang menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh tersebut.

    Jutaan terima kasih juga kepada rakan sekerja, rakan FB, anak2 dan isteri yang telah memberikan ucapan tersebut.

    Ada sesuatu yang telah membuatkan hati aku begitu tersentuh pada hari ini iaitu sewaktu Imam masjid Jementah, Tuan Haji Kasran membaca surah Al-Jumuah semasa sembahyang jumaat dan aku telah tertarik untuk menghafalnya.

    Marilah kita sama-sama menghafal surah tersebut beserta terjemahannya. Sila klik
  • Surah Al-Jumuah


  • Ya Allah berilah aku kekuatan minda untuk menghafal ayat dari surah Al-Jumuah ini.
    Amin.

    Majlis Sambutan Hari Raya

    23 September 2010

    Pada hari ini telah berlangsungnya majlis sambutan hari raya di Dewan Sri Temenggong, UiTM Johor.Bagi memeriahkan lagi sambutan, berbagai persembahan telah diadakan antaranya marhaban yang diketuai oleh Imam Ustaz Azrul, montaj, nasyid dan banyak lagi.
    Antara tetamu VVIP yang hadir ialah Tuan Hj. Mastor, Pengurus Tabung Haji Daerah Segamat (rakan bapa mertua) dan ramai lagi ketua-ketua jabatan kerajaan yang hadir bagi memeriahkan majlis hari raya ini.

    Pada 22 September 2010 (Rabu) semua wakil setiap bahagian dikehendaki menghias dewan dan pentas juga diadakan aktiviti gotong-royong memasak makanan jamuan hariraya antaranya memasak rendang, ketupat, nasi himpit, kuah lodeh dan lemang.

    Sekalung tahniah dan penghargaan di atas kerjasama semua staf dan juga kepada kontraktor makanan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan majlis sambutan hari raya pada tahun ini.

    Tahniah dan syabas juga kepada DJ bertugas yang telah memeriahkan suasana majlis aidil-fitri ini. (En. Jamal dan Cik Rabiatul Adawiyah) yang tidak henti-henti bercakap dari pagi sehingga tamat majlis.

    Semoga Allah SWT memberikan keberkatan, kerahmatan, keampunan serta hidayah kepada semua warga UiTM Johor.

    Amin.

    UPSR 2010

    21 September 2010

    Hari nie esok dan lusa anak aku yang no. 2 Muhd. Faiz akan menduduki peperisaan UPSR 2010. Sejak awal pagi lagi aku lihat Abg Faiz (pangggilan mesra keluarga) bersiap2 untuk ke sekolah dengan begitu bersemangat sekali untuk menghadapi peperiksaan yang amat penting nie. Aku rasa pun Abg Faiz memang telah bersedia dari segi mental dan fizikal.

    Abg Faiz pernah meminta izin untuk tidur di sekolah disepanjang 3 hari peperiksaan ini tapi kami sebagai ibubapa tidak membenarkannya sebab bimbang takut tak cukup tidur pulak.

    Kami ibubapa mendoakan semoga Abg. Faiz dapat menjawap semua soalan dengan mudah dan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin...

    Berita Sedih

    19 September 2010

    Jam 6.30 petang dapat panggilan telefon daripada Mak Cik Tinah bagitau Tok Hj. Abu telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Segamat dalam usia 79 tahun akibat radang paru-paru. Mula masuk hospital pada hariraya ke 3 dan telah koma selama 8 hari. Pertaliannya ialah emak aku (Mak Mor) anak yang sulung, yang kedua arwah nie dan yang ketiga arwah Hj. Kasan anak yang bongsu.

    Pada tahun 1938 (seperti yang telah diceritakan oleh mak aku) oleh kerana ayah mereka telah meninggal dunia, maka arwah nenek aku dan 3 beradik ini telah berhijrah daripada Pulau Jawa ke Malaysia menaiki kapal laut dengan harapan dapat membina hidup baru. Umur emakku pada masa tu 9 tahun, arwah Hj. Abu 7 tahun dan arwah Hj. Kasan 5 tahun.

    Mudah2an roh Allahyarham Hj. Abu ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

    Salam Aidil - Fitri

    05 September 2010

    Assalamualaikum & salam sejahtera.

    Di kesempatan ini, aku bagi pihak keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri. Maaf Zahir & Batin!

    Hari raya pada tahun ini kami sekeluarga akan menyambutnya di Kg. Parit Kassan, Bukit Gambir, Muar. Kami bergilir-gilir beraya di rumah mertua. Tahun hadapan rumah mak aku pulak di Jementah..

    Dan pada petang hari raya ke 2 pula, kami akan pulang beraya di kampung aku pulak di Jementah.

    Semoga hari raya ini juga adalah hari yang penuh bermakna bagi kita semua.

    Sekali lagi, aku bagi pihak keluarga mengucapkan salam Aidil-Fitri. Maaf Zahir & Batin sekiranya ada salah dan silap.

    Akhirkata berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi.

    Wassalam.

  • Lagu Raya


  • Kad Raya


  • Upload Video Raya
  • Pertandingan IID Johor 2010

    25 Ogos 2010

    Hari nie kumpulan aku telah terlibat dengan Pertandingan Reka Cipta ataupun IID Johor. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan budaya inovasi dan kreatif di kalangan staf dan pelajar kampus UiTM Johor.

    Di samping itu juga dapat menjana rekabentuk ciptaan yang baru dalam bidang ICT seterusnya dapat dikomersilkan. Sebanyak 55 produk dipertandingkan bagi semua kategori pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik.

    Antara kategori yang dipertandingkan iaitu kategori A : Invention(Produk/Prototaip), kategori B : Innovation (Idea, Konsep, Sistem, Proses, Teknik, Perisian) dan kategori C : Design(Rekabentuk, dan Hasil Visual)

    Majlis perasmian penutup dan penyampaian anugerah dan juga pelancaran bulan inovasi UiTM Johor 2010 telah disempurnakan oleh Prof. Dr Abu Bakar bin Abdul Majeed Penolong Naib Canselor (Penyelidikan), daripada UiTM Shah Alam.

    Pada pertandingan ini kumpulan kami telah merangkul pingat emas dalam kategori “invention” dan “booth” terbaik. Berkat bulan Ramadhan yang mulia dan kerjasama petugas-petugas yang bersungguh-sungguh menerangkan berkenaan hasil ciptaan kumpulan kami kepada juri dan semua pelawat “booth”. Kepenatan dan keletihan terbalas dengan kejayaan yang di raih. Moga ianya merupakan langkah menempa kejayaan untuk mara lebih jauh lagi.

    Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang telah bersusah payah mengembleng tenaga, idea, masa dan wang ringgit bagi menyiapkan projek ini. Usaha, takwa dan istiqamah yang berterusan pasti akan membuahkan hasil yang positif dan mendapat kerahmatan daripada Nya. Ribuan terima kasih kepada barisan juri yang begitu komited dan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan pertandingan IID 2010 pada kali ini.

    Pihak pengurusan berharap semoga di tahun hadapan kami dapat menghasilkan inovasi yang lebih kreatif dan berkualiti. Semoga kerjasama ini akan berterusan hingga ke pertandingan yang seterusnya pada masa akan datang.

    Ujian Darah

    23 Ogos 2010

    Pergi Klinik Kesihatan Paya Mas, Tangkak. Aku suka pergi sini sebab tak ramai pesakit yang datang dan tak lama menunggu.

    Pertama nak buat ujian darah sebab selalu kena bisa kaki dan tangan. Keputusannya pulak kena tunggu 2 minggu lagi.

    Keduanya nak tau kumpulan darah. Keputusannya kumpulan darah O.

    Ketiga buat ujian ECG (jantung) sebab kerapkali sakit dada. Keputusannya jantung normal. Doktor kata mungkin gastrik.

    Dan yang keempat pulak ujian tekanan darah. Keputusan bacaannya ialah 107/90.

    Doktor kata 2 minggu lagi kena datang lagi. Lepas ambil ubat aku pun balik.

    Alhamdulillah, dalam masa satu jam sahaja semua urusan telah selesai.

    Kakak

    22 Ogos 2010

    Hari nie aku O.T sampai pukul 1.00 ptg sebab kakak kena cirit-birit dan muntah-muntah. Baru aku teringat, nie mesti beli makanan kat bazar semalam tu. Kalau dah makan macam-macam nie lah jadinya. Aku tak sampai hati tengok dia, terus bawa ke klinik Zohar.

    Doktor kata dia kena keracunan makanan. Ataupun mungkin perut dia yang tak tahan agaknya. Tapi yang peliknya apa yang dia makan kami pun sama-sama makan jugak. Dia dapat MC 2 hari dan aku pun terus maklumkan pada cikgunya sebab tak dapat balik ke asrama petang nie.

    Kali nie aku akan lebih berhati-hati kalau nak beli makanan kat bazar.

    Balik Kampung

    21 Ogos 2010

    Kami balik kampung melalui Jalan Teratai – Sengkang - Bukit Gambir. Walaupun baru beberapa bulan jalan tu siap digunakan, tapi telah berlaku beberapa mendapan tanah di sana sini.

    Kemudian singgah di bazar ramadhan Bukit Gambir. Macam biasalah susah nak parking. Bazar kat sini macam-macam pilihan ada, pokai jugak dibuatnya...

    Sebenarnya kami balik kampung nie nak ziarah adik ipar yang telah mendapat kemalangan (dilanggar lori) di simpang 3 di kampungnya tempohari iaitu semasa dia hendak mengambil anaknya pulang dari sekolah. Kata orang “malang tak berbau”.

    Kalau tengok gambar dalam facebook memang sedih dibuatnya, motor dia kat bawah lori.
    Alhamdulillah dia selamat, hanya mengalami luka-luka sahaja.

    Salam Ramadhan

    09 Ogos 2010

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak. Semoga Allah panjangkan umur kita semua dan memberikan kekuatan untuk beribadat kepadaNya.

    Syukur pada Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat iman & islam.
    Syukur pada Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh dengan berkat.
    Syukur pada Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
    Syukur pada Allah menaungi kita dengan rahmat dan hidayahNya.
    Syukur pada Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini "Ramadhan Al - Mubarak".

    Bersama-samalah kita mengambil peluang untuk memanfaatkan keberkatan bulan yang mulia ini.

    Semoga dibulan ramadhan yang mulia ini, kita semua diberikan rahmat, keampunan, dan pembebasan dari api neraka dari Allah S.W.T.

    InsyaALLAH.

    Doa Harian Ramadhan

    06 Ogos 2010

    Aku terima email Doa Harian Ramadhan ini daripada Ustaz Sidek b. Abdullah dan dipaparkan di sini untuk tatapan rakan pembaca sekelian.

    Doa Hari 1
    Ya Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-
    Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang
    Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya
    Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian
    Alam !! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

    Doa Hari 2
    Ya Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku
    Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca
    Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

    Doa Hari 3
    Ya Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah
    Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari
    Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Zat
    Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

    Doa Hari 4
    Ya Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-
    Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berzikir Mengingat-Mu.
    Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan
    Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu,
    Wahai Zat Yang Maha Melihat.

    Doa Hari 5
    Ya Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan,
    Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Soleh Dan Setia Serta
    Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan
    Kelembutan-Mu, Wahai Zat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua
    Pengasih.

    Doa Hari 6
    Ya Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat
    Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan-
    Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu,
    Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang
    Yang Berkeinginan!

    Doa Hari 7
    Ya Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah
    Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan
    Berikanlah Aku Zikir Berupa Zikir Mengingat-Mu Secara
    Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-
    Orang Yang Sesat.

    Doa Hari 8
    Ya Allah! Berilah Aku Rezeki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak
    Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan
    Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat
    Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

    Doa Hari 9
    Ya Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas,
    Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran- Mu Yang Terang,
    Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan
    Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

    Doa Hari 10
    Ya Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal
    Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang
    Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-
    Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

    Doa Hari 11
    Ya Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik,
    Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan
    Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan
    Pertolongan- Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

    Doa Hari 12
    Ya Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah
    Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas
    Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang
    Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

    Doa Hari 13
    Ya Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah
    Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah
    Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang
    Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

    Doa Hari 14
    Ya Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Kerana Kekeliruan Yang Ku
    lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan.
    Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka
    Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

    Doa Hari 15
    Ya Allah! Berilah Aku Rezeki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang
    Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang
    Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang
    Takut.

    Doa Hari 16
    Ya Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan
    Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama
    Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga
    Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru
    Sekalian Alam.

    Doa Hari 17
    Ya Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah
    Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan,
    Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala
    Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Selawat Atas Muhammad Dan
    Keluarganya Yang Suci.

    Doa Hari 18
    Ya Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat
    Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan
    Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti
    Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

    Doa Hari 19
    Ya Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan
    Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau
    Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pemberi
    Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

    Doa Hari 20
    Ya Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Syurga Dan Tutupkanlah
    Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk
    Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang
    Mu'min.

    Doa Hari 21
    Ya Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keredhaan- Mu. Dan
    Janganlah Engkau Beri Jalan Kepada Syaitan Untuk Menguasaiku.
    Jadikanlah Syurga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirehatan,
    Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

    Doa Hari 22
    Ya Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Kurnia-Mu, Turunkan Untuk
    ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab-
    Penyebab Keredhaan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Syurga-Mu
    Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

    Doa Hari 23
    Ya Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku
    Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai
    Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

    Doa Hari 24
    Ya Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keredhaan-Mu,
    Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu,
    Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari
    Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

    Doa Hari 25
    Ya Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan
    Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah
    Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

    Doa Hari 26
    Ya Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di Syukuri, Dan
    Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib
    ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

    Doa Hari 27
    Ya Allah! Rezekikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadar, Dan Ubahlah
    Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan
    Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Kesalahanku, Wahai Yang Maha
    Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh.

    Doa Hari 28
    Ya Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan
    Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah
    Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak
    Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

    Doa Hari 29
    Ya Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku
    Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai
    Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

    Doa Hari 30
    Ya Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima
    Di Atas Jalan Keredhaan-Mu Dan Keredhaan Rasul. Cabang-Cabangnya
    Kukuh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Muhammad Dan
    Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

    Malam Nisfu Sya'aban

    25 Julai 2010

    Hari nie aku terima email daripada seorang rakan...

    Assalamualaikum w.b.t...
    Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!

    Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26 Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

    Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

    Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

    Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban :-
    1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al - Qadar 1 x
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al - Ikhlas 3 x

    2. Membaca Yasin 3 x selepas solat Maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
    i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
    ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
    iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.
    Kemudian baca Istighfar 11 x & selawat 11 x
    Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

    3. Baca surah Al-Ikhlas 1000 x

    4. Berpuasa pada siangnya
    Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

    Antaranya yg termasyhur adalah:
    1. Malam Dimustajabkan Doa
    2. Malam Pembahagian Takdir
    3. Malam Rahmat
    4. Malam Berkat
    5. Malam Pengampunan (Taubat)
    6. Malam Penebusan
    7. Malam Syafaat
    8. Malam Penulisan
    9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
    10. Malam Rezeki
    11. Malam Hari Raya Para Malaikat
    12. Malam Penghidupan

    Antara kelebihan bulan Sya'aban:
    1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah Yusof di dalam syurga.

    2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (SAW)
    Pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

    Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'alam

    Wassalam.

    'Community Policing'

    24 Julai 2010

    Jam 9.00 pagi aku dan 6 rakan yang lain telah ditugaskan oleh boss aku untuk menyambut ketibaan Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd Mokhtar Bin Mohd Sharif sempena program 'Community Policing' 1 Mahasiswa. Program ini adalah kerjasama UiTM Segamat dengan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Segamat dan telah diadakan di Dataran Sri Bendahara UiTM Johor.

    Ketua Polis Johor dalam ucapannya menyatakan'Community Policing’atau Kepolisian Komuniti adalah merupakan salah satu strategi pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam melibatkan orangramai dalam membantu mengawal jenayah dengan cara membantu mengenalpasti suspek yang meragukan, mengawal vandalisma dan membawa masalah yang berkaitan dengan jenayah pada perhatian pihak polis seterusnya dapat membanteras kes jenayah.

    ‘Community Policing’ ini juga menjadi alternatif untuk menjadi mata dan telinga pihak polis dalam memberikan laporan aktiviti yang meragukan dan seterusnya dapat mengurangkan jenayah di sesuatu kawasan. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran untuk sama-sama dengan pihak polis mencegah jenayah melalui perkongsian pintar dan penyaluran maklumat yang tepat serta cepat.

    Ini adalah kerana jenayah yang berlaku adalah di dalam persekitaran masyarakat. Oleh itu hanya masyarakat sahajalah yang lebih mengetahui bentuk jenayah dan siapa yang terbabit, sekaligus menjadikan mereka perlu menyalurkan maklumat tersebut.

    Semoga program ini telah memberikan manfaat kepada semua pihak dan majlis tersebut telah tamat pada jam 11.30 pagi.

    Musim Buah-Buahan

    18 Julai 2010

    Musim buah-buahan dah tiba, aku begitu geram untuk memetiknya. Inilah hasilnya kalau kita berbudi kepada tanah memang berbaloi-baloi.
    Antara pokok buah-buahan yang aku tanam ialah langsat, rambutan, manggis, duku langsat, durian pun ada. Tapi buah durian pada kali nie tak menjadi la tak macam tahun lepas.

    Semua pokok-pokok nie di tanam masa aku bujang dulu sekitar tahun 1988. Masa tu aku terfikir "kalaulah aku tanam pokok buah-buahan dari sekarang suatu hari nanti dapatlah anak dan isteriku makan buahnya". Walaupun berangan, sekarang impian dah menjadi kenyataan.

    Setakat hari nie semua buah-buahan nie aku belum pernah jual lagi cuma sedekah kat saudara mara dan jiran-jiran jer.

    Klinik UPSR 2010

    11 Julai 2010

    Jam 8.00 pagi Abg Faiz mula mendaftar untuk klinik UPSR 2010 (Fasa 1). Seminar peperiksaan UPSR ini adalah anjuran Kelab TaHa (Tabung Haji) dengan kerjasama Akhbar Berita Harian telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada murid tahun 6 dari semua daerah di negeri Melaka, Muar dan Segamat.


    Program ini telah diadakan di Dewan Seri Temu, SMK Padang Temu, Melaka. Matlamat utama program ini dianjurkan adalah untuk menjana strategi pelajar merangkul 5A serta teknik-teknik menjawap soalan pada peperiksaan UPSR kelak.

    Jam 5.00 petang semua peserta program telah diberikan Sijil Penyertaan dan selepas itu kami pun bertolak balik ke Jementah.

    Homestay Telok Emas

    10 Julai 2010

    Kami bertolak dari rumah jam 3.00 petang melalui Lebuh AMJ kemudian exit ke simpang Merlimau seterusnya ke Umbai dan sampai di Telok Emas jam 5.00 petang.

    Kami menginap di Homestay No. 31, Jalan Seri Emas 59, Telok Emas, Melaka. Homestay ini merupakan sebuah rumah teres 3 bilik 2 bilik air dan kemudahan yang disediakan pun baik juga. Kalau ade rakan2 yang nak ke sini dipersilakan sebab kadar bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan persekitarannya begitu bersih sekali.Tujuan utama ke Melaka adalah untuk menghantar anak pada esok hari mengikuti seminar peperiksaan UPSR di SMK Padang Temu Melaka.

    Pada sebelah malam pula kami makan di Medan Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Seronok betul tengok anak-anak makan sebab masakkannya begitu menyelerakan. Semua ikan-ikan yang dibakar di sini semuanya masih “fresh” belaka. Sambil makan boleh lihat nelayan pulang dari menangkap ikan di laut.





    Jam 11.00 malam kami semua pun pulang ke Homestay.

    Mesin 3 Dalam 1

    10 Julai 2010

    Hari nie aku beli mesin printer jenama Canon model MP 145. Fungsinya adalah 3 dalam 1dimana kita boleh gunakan untuk fotostate, print dan scan.

    Aku beli dengan rakan sekerja. Harganya pun taklah mahal sangat cuma RM130 jer sebab "second-hand" tapi aku tengok memang masih baru lagi. Dah ada mesin nie senang la jugak aku tak payah malam-malam nak pergi ke cyber cafe ataupun kedai fotostat sebab anak-anak pun boleh buat sendiri. Kelebihan printer canon ni, laju dan tak banyak masalah. Kalau dakwat habis "refill" jer.

    Selamat Hari Lahir

    09 Julai 2010

    Hari ini anakku yang no. 2 (Muhammad Faizzuddin) genaplah umurnya 12 tahun. Jam 11.00pagi pergi ke Pej. Pendaftaran Segamat buat My Kad dan akan siap dalam masa sebulan daripada sekarang.

    Masih teringat lagi semasa dia dilahirkan di Hospital Segamat. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa hibanya perasaan aku waktu itu sebab tiada response langsung daripada si bayi. Kelihatan doktor dan petugas hospital begitu bertungkus lumus membekalkan oksigen untuk menyelamatkan si bayi. Selang beberapa minit kemudian barulah kedengaran tangisan si bayi. Syukur Alhamdulillah si bayi telah selamat.

    Sempena ulangtahun kelahirannya ini kami semua berdoa mudah-mudahan Abg Faiz di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Bulan September tahun nie dia akan mengambil peperiksaan UPSR. Ayah dan emak doakan semoga Abg Faiz dikurniakan keputusan yang cemerlang.

    Amin...

    Lawatan Ke Politeknik Merlimau

    30 Jun 2010

    Jam 11.00 pagi bertolak ke Politeknik Merlimau Melaka dengan menaiki bas bertujuan untuk melakukan lawatan penandaras 5S. Lawatan pada kali ini telah disertai oleh pelbagai bahagian antaranya Perpustakaan, Pentadbiran, HEP, Unit Kualiti dan Keselamatan.

    Sampai di bandar Merlimau jam 12.30 tengahari dan terus makan di restoran lepas tu kami semua solat zuhur di masjid berdekatan.

    Jam 2.30 petang kami semua sampai di PMM dan telah di berikan taklimat Amalan 5S di Bilik Persidangan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PMM.

    Politeknik Merlimau merupakan politeknik yang ke-14 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan kini ia bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan telah dipersijilkan MS ISO 9001:2000 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 14 Januari 2004 dan seterusnya memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS International pada 25 Mei 2007 dan telah mendapat Persijilan 5S pada 31 Mac 2009 oleh pihak MPC.

    Selepas itu kami melakukan lawatan tapak ke bilik fail, ruang pejabat JHEPP, ruang pejabat & pantry – kamsis dan akhir sekali ke perpustakaan. Begitu banyak perkara yang dapat kami pelajari hasil daripada lawatan tersebut.

    Kami bertolak balik jam 5.30 petang dan telah selamat sampai ke UiTM Johor pada jam 7.00 malam.

    Pendaftaran Pelajar Baru

    27 Jun 2010

    Pada hari ini jam 8.00 pagi aku dan rakan-rakan telah terlibat dengan pendaftaran pelajar baru bagi sessi kemasukkan Julai – November 2010. Seramai 1400 orang pelajar telah mendaftarkan diri di Dewan Sri Temengong, UiTM Johor. Antara bahagian yang terlibat ialah Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Klinik Sri Penawar, Kewangan dan Perpustakaan.

    Pelajar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan yang pertama mendaftar jam 8.00 am – 11.00 am, kumpulan kedua jam 11.00 am – 1.00 pm, dan kumpulan yang ketiga jam 2.00 pm – 7.00 pm.

    Kursusnya pula adalah Perakaunan, Pengajian Maklumat, Sains Komputer, Teknologi Maklumat Sains Kuantitatif, Perbankan, Pengurusan Perniagaan dan Analisis Pelaburan.
    Kesemua pendaftaran telah selesai tepat jam 7.00 malam.

    Syukur Alhamdulillah...

    Banjir Kilat

    25 Jun 2010

    Hari nie rumah mak aku banjir kilat. Tak sangka pulak hujan yang begitu lebat dari tengah malam hingga ke awal pagi tadi mengakibatkan air sungai melimpah dan telah mengakibatkan rumah mak aku dan rumah-rumah disekitarnya di landa banjir. Tapi air tak masuk dalam rumah sebab masa nak buat dulu dah tambak tinggi.

    Terpaksalah aku cuti hari nie sebab nak mengemaskan sampah sarap yang bertimbun tu. Sementara air banjir masih ada lagi senang la sikit nak hanyutkan sampah tu tapi kalau air dah surut problem jugak.

    Anak getah yang aku tanam pada awal bulan nie pun kena banjir jugak. Aduhai…banyak pokok yang tumbang sebab airnya terlalu deras.

    Apabila air dah mula surut aku pun bangunkan semula pokok-pokok tu. Tawakkal pada ALLAH semoga semua pokok getah tu terus hidup subur hendaknya.

    Lepas sembahyang jumaat aku sambung lagi kerja-kerja mengemaskan sampah sarap tu. Satu hari nie dari pagi sampai ke petang takde gaji.

    Apa boleh buat…dah nasib badan…terima aje lah…

    Tanam Anak Getah

    04 Jun 2010

    Hari nie mula tanam anak getah sebanyak 250 pokok. Nak tanam sendiri rasa malas pulak jadi aku upahkan pada Abang Man. Upah menanam sepokok anak getah ialah RM2.50. Dia buat secara gotong-royong dengan anak dan isterinya.

    Ini semua adalah persediaan masa aku pencen nanti. Walaupun pencen ada lebih kurang 16 tahun lagi. Aku fikir kalau tak bersedia dari sekarang bila pencen nanti nak buat kerja apa pulak ya. Janji masyukkk...

    Ini pun dah kira terlambat jugak sebab kawan-kawan aku punya pokok getah dah menjangkau umur 5 tahun dan tak lama lagi dah nak menoreh. Walaubagaimana pun aku akan tekadkan semangat untuk menjaganya supaya semua pokok getah itu cepat membesar.

    Oleh kerana aku nie tak pernah langsung tanam anak getah jadi kenalah selalu bertanya pada mereka yang ada kebun getah tentang cara-cara penjagaannya. Mereka kata kalau anak getah nak cepat membesar kenalah baja sebulan sekali dan kebun pulak tak boleh terlalu semak dan kena lah di racun selalu.

    Mudah-mudahan projek nie menjadi dan aku bermohon pada ALLAH mudah-mudahan dijauhi dari sebarang penyakit dan musuh-musuh tanaman.

    Amin.

    Bengkel Pengurusan Jenazah

    24 Mei 2010

    Aku telah menghadiri amali pengendalian jenazah di Masjid As-Syakirin bersama rakan sekerja anjuran Unit Kemajuan Islam, UiTM Johor. Penceramah bagi peserta lelaki ialah Ustaz Sungngachee bin Illias. Beliau adalah seorang bilal di Masjid Jamik, Segamat. Ustaz Sungngachee juga pernah menguruskan jenazah arwah ayahku pada tahun 2002 di Hospital Segamat. Manakala penceramah bagi peserta wanita pula ialah Puan Kasminah bte Selamat daripada Pejabat Agama Segamat.

    Para peserta telah ditunjukkan tentang cara-cara memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan seterusnya mengkebumikan jenazah. Salah seorang peserta iaitu Saudara Syazali Effendi telah dengan rela hati untuk menjadi "pelakon utama" supaya para peserta mudah memahami kaedah tersebut.

    Pada sebelah petangnya ceramah bertajuk ‘Pengurusan Jenazah Dalam Islam’ telah disampaikan oleh Ustaz Norizam bin Suradi daripada Pejabat Agama Daerah Segamat.

    Banyak sekali ilmu pengetahuan yang telah dapat aku pelajari daripada bengkel ini dan aku rasa program yang seperti ini perlu untuk dihadiri oleh rakan-rakan yang lain kerana ianya amat bermanafaat juga merupakan tuntutan fardhu kifayah kepada kita semua sebagai umat islam.

    Selamat Hari Ibu

    09 Mei 2010




    Selamat Hari Ibu kepada ibu anak-anakku. Tabahkan hati dan kuatkan iman melayani karenah anak-anak kita (adik, abang & kakak).

    Sempena hari ibu ini aku terkenangkan arwah ibuku yang sudah lama pergi menemui Illahi pada tahun 1972 lagi. Waktu itu umurku baru 5 tahun dan adik perempuanku berumur 3 tahun. Sejak itu kami 2 beradik telah dipelihara oleh nenek yang ku panggil emak hinggalah sekarang (menitis airmataku mengenangkan ini semua).

    Namun aku tetap redha dengan ketentuan Illahi. Semoga ibu bahagia di sana dan beroleh keampunan serta kerahmatan Allah S.W.T.

    Amin.

    Nota: Kalau anda masih ada ibu atau bapa, lawatilah mereka selalu dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kita semasa kecil.

    Daftar Haji

    04 Mei 2010

    Syukur pada Allah kerana pada hari ini terbuka pintu hati kami berdua untuk mendaftar haji. Sebenarnya memang dah lama kami nak mendaftar haji tapi sekadar angan-angan kosong manakala simpanan pulak asyik keluar masuk aje.

    Tapi hari ini aku memang betul-betul berniat untuk mendaftar. Alhamdulillah niat kami berdua telah dimakbulkan oleh Allah Taala tanpa sebarang halangan.

    Mengikut notis yang aku baca dikaunter TH giliran kami pergi ke tanah suci ialah pada tahun 2032 bermaksud kami perlu menunggu selama 22 tahun dari sekarang. (masa tu umur kami telah menjangkau 64 tahun) tapi aku target pulak masa pencen umur 58 tahun nak pergi ke tanah suci.

    Mudah-mudahan rancangan kami berdua ini di kabulkan oleh Allah.

    Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami samaada urusan dunia mahupun urusan akhirat.

    Amin.

    Ulangtahun Kelahiran

    02 Mei 2010

    Lahirnya pada 01 Mei 1968 jam 10.50 a.m. Maka pada hari ini genaplah usia isteriku
    42 tahun. Sepatutnya disambut pada 01 Mei tapi oleh kerana pada tarikh tersebut ada majlis maulidur rasul di taman kami, jadi terpaksalah di tangguhkan pada keesokkan harinya.

    Bacaan doa selamat telah dibacakan oleh ayahnda Tuan Hj. A Rahman bin Hj. Sulaiman.

    Aku juga bermohon padaMu Ya Allah semoga isteriku ini di kurniakan kesihatan yang baik serta dijauhkan daripada sebarang penyakit.

    Terima kasih Ya Allah atas setiap rezeki yang telah dikurniakan kepada kami sekeluarga.

    Sesungguhnya terlalu banyak yang Engkau telah berikan kepada kami sekeluarga…tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadapMu Ya Allah.

    Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah ditentukan untuk kami sekeluarga.

    Program Maulidur Rasul

    01 Mei 2010
    Bermula jam 9.00 pagi kami semua telah mula gotong royong memasak sempena menyambut program maulidur rasul peringkat Taman Dedap, Jementah.

    Rasanya masih belum ketinggalan walaupun sekarang dah masuk bulan Jamadil Awal namun majlis tersebut tetap meriah dan mendapat sambutan di kalangan penduduk di sini untuk sama2 meraikan majlis memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

    Pada sebelah malam sebelum majlis dimulakan pengerusi Persatuan Taman Dedap iaitu En. Azni bin Ismail telah menyampaikan kata2 aluan sebagai pembuka bicara. Beliau telah mengucapkan tahniah kepada semua penduduk taman ini kerana telah bertungkus lumus bagi menjayakan program ini.

    Bacaan doa pula telah dibacakan oleh Tuan Haji Husin bin Md Musis selaku Imam Masjid Kg. Sungai Siput dan diikuti pula dengan bacaan selawat dan marhaban beramai-ramai.

    Penceramah jemputan pada kali ini ialah Al-Fadhil Ustaz Haji Omar bin Abdullah. Aku telah mengenali beliau semenjak dari tahun 1992 lagi hinggalah sekarang. Beliau merupakan seorang penceramah bebas dari bandar Segamat yang diundang khas untuk menyampaikan ceramah pada majlis tersebut. Banyak pengajaran yang telah disampaikan oleh penceramah tersebut. Semoga kami semua penduduk taman ini mendapat petunjuk dan hidayahNya serta dijauhkan daripada segala bencana.

    Mudah-mudahan di tahun hadapan kami dapat menganjurkan program yang seperti ini lagi.

    InsyaALLAH.

    Menginsafi Diri


    Wahai Tuhan
    Ku tak layak ke syurgaMu
    Namun tak pula aku sanggup
    Ke nerakaMu

    Ampunkan dosaku
    Terimalah taubatku
    SesungguhNya
    Engakaulah pengampun
    Dosa-dosa besar

    Ila hil las tu lil firdaus si ah laa
    Wala akwa alan naril jahimi
    Fahab li taubatau wag fi zunu bi
    Fa in na ka gho firuzambil azimi

    Dosa-dosaku
    Bagaikan pepasir dipantai
    Dengan rahmatMu
    Ampunkan daku oh Tuhanku

    Wahai Tuhan
    Selamatkan kami ini
    Dari segala
    Kejahatan dan kecelakaan

    Kami takut kami harap kepadaMu
    Suburkanlah cinta kami kepadaMu

    Kamilah hamba
    Yang mengharap
    Belas dariMu....

    Lagu : I'tiraf
    Kumpulan : Raihan
    Sumber :
  • familiazam.blogdrive.com
  • Program UMNO Juara Rakyat


    Pada 10 April 2010 jam 10.30 pagi Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman telah merasmikan Program Juara Rakyat Kawasan Jementah bertempat di Dewan Serbaguna Jementah, Segamat.

    Sebelum itu pada jam 10.00 pagi, Y.A.B Menteri Besar telah singgah di Kg. Paya Jakas, Jementah kerana menyampaikan kunci rumah PPRT kepada Puan Ruziah binti Pit dan bantuan membaiki rumah Encik Pit bin Buntal.

    Di dalam majlis tersebut Dato’ MB telah berbesar hati menyampaikan Borang 5A Tanah Kurnia kepada penduduk Kg. Paya Lebar, Jementah.

    Bantuan juga telah disampaikan kepada jabatan/agensi kerajaan serta menyampaikan sijil penyertaan Program Gerak Tumpu kepada para pelajar.

    Beliau juga telah menyampaikan bantuan kepada fakir miskin yang kebanyakkannya adalah warga tua.

    Program Juara Rakyat kawasan Jementah ini diadakan bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 12.00 malam dengan pelbagai pengisian dan aturacara telah dilaksanakan.

    Pada sebelah petang pelbagai aturcara telah diadakan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan acara sukaneka pula telah diadakan di Padang Awam, Jementah.

    Program Dialog Gemilang

    09 April 2010
    Jam 8.00 malam hadir ke SK Jementah. Walaupun hujan turun dengan lebatnya namun sedikit pun tidak mematahkan semangat kami semua untuk menjayakan majlis tersebut.

    Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi murid tahun 6 di samping dapat membantu meningkatkan mutu pembelajaran di rumah melalui penglibatan ibubapa dan keluarga.

    Ianya juga dapat mempersiapkan murid dengan jati diri, semangat, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan UPSR yang semakin hampir.

    Di dalam majlis tersebut ibubapa diberi peluang untuk berdialog dengan guru-guru mengenai masalah-masalah yang timbul.

    Program ini juga dapat menjalinkan hubungan yang baik antara ibubapa, guru dan murid demi kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sekelian.

    Sekalung penghargaan kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SK Jementah kerana telah menganjurkan program ini.

    Sambutan Maulidur Rasul

    03 April 2010
    Pada malam ini program sambutan maulidur rasul telah diadakan di Surau Kg. Kubu Dedap, Jementah. Program yang setiap tahun diadakan ini bertujuan bagi memperingati hari keputeraan junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W di kalangan ahli kariah sekelian.
    Sebelum program dimulakan bacaan selawat telah diketuai oleh Tuan Imam Hj. Md Sabilan bin Hj. Saidun.

    Pada kali ini Jawatankuasa Pentadbiran surau kami telah menjemput penceramah Ustaz Kemin bin Miskon bertugas di bahagian pendidikan di Pejabat Agama Daerah Segamat.
    Antara intipati ceramah tersebut mengisahkan perjuangan rasulullah menegakkan agama Allah. Oleh itu kita sebagai umatnya mestilah patuh serta taat kepada perintah Allah serta menjauhi segala laranganNya.

    Beliau juga mengingatkan kepada para sekelian yang hadir bahawa umur 40 tahun adalah peringkat untuk mengubah perangai serta tingkahlaku kita daripada tidak baik kepada baik. Dan jika pada umur tesebut kita masih tidak lagi berupaya untuk mengubahnya maka ia akan berlarutan sehingga kita meningkat tua. Janganlah umur dah masuk 60 tahun masih lagi melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah.

    Di samping itu juga beliau meminta kita untuk mengetahui makna bacaan surah Al-Fatihah supaya solat kita menjadi lebih khusyuk dan sempurna. Dan banyak lagi panduan yang telah disampaikan oleh beliau pada majlis tersebut.

    Program tersebut telah tamat jam 11.00 malam. Mudah-mudahan kita semua mendapat pedoman serta rahmatNya daripada apa yang telah disampaikan oleh tuan penceramah tersebut. InsyaALLAH.

    Sekalung tahniah dan penghargaan kepada barisan AJK sambutan ini kerana telah bertungkus lumus di dalam menjayakan majlis tersebut. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.
    Amin…

    Tabung Haji

    02 April 2010

    Pergi ke Pejabat Tabung Haji Segamat untuk menambah sedikit simpanan kami di samping potongan bulanan melalui majikan. Tiba di kaunter TH ternampak notis yang mengatakan "Sesiapa yang mendaftar haji pada masa sekarang, giliran dapat pergi menunaikan fardhu haji ialah pada tahun 2031 iaitu 21 tahun dari sekarang". Umur kami masa tu dah 63 tahun (lepas pencen 5 tahun).

    Mengingatkan tentang kuota nie terfikir pulak di dalam hati bila lagi kami nak mendaftar ? Kalau mendaftar haji sekarang, simpanan dalam akaun pulak tak boleh dikeluarkan.

    Masalahnya duit tu asyik keluar masuk jer...

    Muhasabah Diri







    Sumber :
  • Idwal Systems Sdn. Bhd.
  • Hari Keluarga

    12-14 Mac 2010
    SUDARA BEACH RESORT, TOK BALI, BACHOK, KELANTAN.








     


     


    Kami bertolak dari UiTM Johor jam 10.30 malam dengan 2 buah bas dan telah selamat sampai di Rantau Panjang, Kelantan jam 12.00 tengahari. Apa lagi shopping sakan la kami anak beranak. Kat situ aku belikan abang & adik kasut dan baju sukan. Aku pulak beli capal aje. Isteriku pulak beli telekung. Sambil jalan-jalan teringin pulak nak makan ciku siam, kena la beli nampaknya sekilo RM3.00 (beli 3 kg) fulamak sedapnya & manis pulak tu nyum nyum...

    Tepat jam 1.30 pm kami pun mula bertolak ke Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan dan sampai di sana jam 5.30 petang.

    Jam 6.30 petang semua peserta dikehendaki berkumpul di padang permainan sebab ada acara sukaneka. Abang dan adik ambil acara tiup belon sampai pecah tapi mereka berdua tiup tak pecah2 jadi kalah la dia. Aku pulak masuk acara boling kelapa dan mendapat tempat ke 2 (tak sia-sia aku pungut buah kelapa tiap hujung minggu). Manakala acara tarik tali pulak kumpulan aku mendapat johan.

    Jam 8.00 malam pulak jamuan makan malam dan barbeque. Sambil makan semua peserta dihiburkan oleh penyanyi jemputan, syafiq. Malam tu aku dapat "hamper" (hadiah) naib johan acara boling kelapa.

    Jam 10.30 malam kami semua shopping lagi ke Wakaf Che Yeh. Isteriku beli baju 5 pasang mak oiii banyaknya(kasi adik-beradik). Balik semula ke resort jam 3.00 pagi. (pokai2)

    Keesokkan harinya jam 10.00 pagi kami semua berendam dalam kolam. Fuhh seronoknya aku tengok anak2 aku mandi.

    Jam 11.30 pagi kami semua telah disajikan dengan jamuan yang begitu menyelerakan dan selepas makan kami pun check-out di kaunter resort.

    Jam 12.30 tengahari bertolak pula ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu kerana ada lawatan dan sampai di sana jam 3.30 petang

    Jam 5.00 petang bertolak balik ke Segamat dalam perjalanan balik singgah pulak kat Pasar Payang, Kuala Terengganu. Kena lagi aku.....beli tepak sireh, bekas air panas, beli baju mak dan tabung nasi (senang kalau nak buat kenduri)

    Dalam perjalanan balik singgah lagi beli keropok pulak. Hai pokai2.

    Alhamdulillah kami semua telah selamat pulang di UiTM Johor pada jam 5.00 pagi. Walaupun masih penat dan mengantuk, semua itu tidak melunturkan semangat aku bertugas pada hari tu untuk melaksanakan tugasan dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

    Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih dengan pihak penganjur iaitu Jawatankuasa Kelab Perpustakaan Tun Dr Ismail dan semua keluarga yang terlibat dalam program Hari Keluarga PTDi 2010 dan juga Lawatan ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu.

    Kami semua amat berpuas hati atas komitmen pihak penganjur dalam menjayakan program ini. Susah payah kalian semua barisan Jawatankuasa Kelab dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan hanya Allah jua yang dapat membalasnya.

    Sambutan Maulidur Rasul

    05 Mac 2010








     


     


    Tepat jam 8.00 pagi kami dah berkumpul di Dataran Seri Bendahara untuk meraikan program sambutan maulidur rasul. Selepas itu kami pun beramai-ramai berarak sambil memegang sepanduk serta berselawat menuju ke Dewan Seri Temenggong.

    Ceramah maulidur rasul telah disampaikan oleh Ustaz Ismail bin Mat Ali. Beliau merupakan pengurus Syarikat Ansar Biz Center, Johor Bahru. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada ceramah yang telah diberikan.

    Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan hidayatNya.
    Amin...

    Genap Setahun

    28 Februari 2010

    Mak aku mula pindah ke rumah nie pada 28 Februari 2009 maka genaplah setahun mak aku mendiami rumah nie (Program Rumah Mesra Rakyat)

    Bayaran bulanan sebanyak RM150.00 aku bayar melalui ejen SPNB iaitu Bank Simpanan Nasional. Mengikut perjanjian, aku perlu membuat pembayaran yang pertama pada bulan Mei 2009 dan bayaran seterusnya hendaklah dijelaskan sebelum 15hb pada tiap-tiap bulan.

    Kelmarin aku mendapat surat daripada SPNB,KL meminta supaya membayar insuran kebakaran sebanyak RM80.00 untuk setahun dan perlu dibayar pada tiap-tiap tahun.

    Bayaran insuran nie penting sebab jika berlaku kebakaran ataupun rumah dilanda banjir akan ditanggung oleh pihak insuran.Kalau tak bayar pulak kalau ade apa-apa hal berlaku, rumah ada atau tiada tetap kena bayar jugak.

    Taklimat

    18 Februari 2010
    Pada hari ini tibalah giliran aku pulak memberikan taklimat kepada rakan sekerja yang lain supaya mereka semua mendapat penjelasan yang lengkap tentang tugas dan tanggungjawab seseorang kakitangan tentang tatacara pemprosesan sesuatu bahan yang diterima.Bagi aku taklimat yang seperti ini juga merupakan suatu titik tolak di mana kita boleh mempelajari sesuatu untuk memahirkan diri kita. Ianya juga merupakan satu elemen penting bagi meningkatkan keberkesanan produktiviti seseorang staf seperti yang telah diamanahkan.

    Taklimat yang julung2 kali diadakan oleh pihak penganjur ini adalah satu inisiatif bagi memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang kebolehan membuat persembahan pengucapan awam dikalangan kakitangan dan akhir sekali semua peserta telah diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan.
    * Aku rasa macam takde bakat langsung sewaktu aku memberikan taklimat. Al maklumlah takde pengalaman, mungkin lain masa nanti aku dah pandai sikit memberikan ucapan.
    InsyaAllah..........

    Kursus Staf

    29 - 31 Januari 2010
    Sessi bergambar ramai-ramai di hadapan Pusat Latihan UiTM Kg. Gajah, Perak.

    Para peserta kursus sedang tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Pendaftar.
    Aikk kawan aku nie tertidur pulak....Mungkin keletihan agaknya.

    Wahh !!! ceria nampakkk...

    Kini tiba pulak giliran kumpulan aku buat persembahan....Kami menyanyi lagu Kenanganku dendangan Jefrydin. Para hadirin semua memberikan tepukan gemuruh.
    Apa yang lucunya ? Tergelak besar nampak !!!

    Ustaz Kamaruddin bin Abd. Majid (Pegawai Agama) sedang menyampaikan kuliah subuh.
    Kelihatan para peserta kursus begitu khusyuk sekali mendengar kuliah subuh.Mudah-mudahan kami semua mendapat keberkatan ALLAH.