Majlis Sambutan Hari Raya

23 September 2010

Pada hari ini telah berlangsungnya majlis sambutan hari raya di Dewan Sri Temenggong, UiTM Johor.Bagi memeriahkan lagi sambutan, berbagai persembahan telah diadakan antaranya marhaban yang diketuai oleh Imam Ustaz Azrul, montaj, nasyid dan banyak lagi.
Antara tetamu VVIP yang hadir ialah Tuan Hj. Mastor, Pengurus Tabung Haji Daerah Segamat (rakan bapa mertua) dan ramai lagi ketua-ketua jabatan kerajaan yang hadir bagi memeriahkan majlis hari raya ini.

Pada 22 September 2010 (Rabu) semua wakil setiap bahagian dikehendaki menghias dewan dan pentas juga diadakan aktiviti gotong-royong memasak makanan jamuan hariraya antaranya memasak rendang, ketupat, nasi himpit, kuah lodeh dan lemang.

Sekalung tahniah dan penghargaan di atas kerjasama semua staf dan juga kepada kontraktor makanan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan majlis sambutan hari raya pada tahun ini.

Tahniah dan syabas juga kepada DJ bertugas yang telah memeriahkan suasana majlis aidil-fitri ini. (En. Jamal dan Cik Rabiatul Adawiyah) yang tidak henti-henti bercakap dari pagi sehingga tamat majlis.

Semoga Allah SWT memberikan keberkatan, kerahmatan, keampunan serta hidayah kepada semua warga UiTM Johor.

Amin.

UPSR 2010

21 September 2010

Hari nie esok dan lusa anak aku yang no. 2 Muhd. Faiz akan menduduki peperisaan UPSR 2010. Sejak awal pagi lagi aku lihat Abg Faiz (pangggilan mesra keluarga) bersiap2 untuk ke sekolah dengan begitu bersemangat sekali untuk menghadapi peperiksaan yang amat penting nie. Aku rasa pun Abg Faiz memang telah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Abg Faiz pernah meminta izin untuk tidur di sekolah disepanjang 3 hari peperiksaan ini tapi kami sebagai ibubapa tidak membenarkannya sebab bimbang takut tak cukup tidur pulak.

Kami ibubapa mendoakan semoga Abg. Faiz dapat menjawap semua soalan dengan mudah dan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin...

Berita Sedih

19 September 2010

Jam 6.30 petang dapat panggilan telefon daripada Mak Cik Tinah bagitau Tok Hj. Abu telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Segamat dalam usia 79 tahun akibat radang paru-paru. Mula masuk hospital pada hariraya ke 3 dan telah koma selama 8 hari. Pertaliannya ialah emak aku (Mak Mor) anak yang sulung, yang kedua arwah nie dan yang ketiga arwah Hj. Kasan anak yang bongsu.

Pada tahun 1938 (seperti yang telah diceritakan oleh mak aku) oleh kerana ayah mereka telah meninggal dunia, maka arwah nenek aku dan 3 beradik ini telah berhijrah daripada Pulau Jawa ke Malaysia menaiki kapal laut dengan harapan dapat membina hidup baru. Umur emakku pada masa tu 9 tahun, arwah Hj. Abu 7 tahun dan arwah Hj. Kasan 5 tahun.

Mudah2an roh Allahyarham Hj. Abu ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Salam Aidil - Fitri

05 September 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Di kesempatan ini, aku bagi pihak keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri. Maaf Zahir & Batin!

Hari raya pada tahun ini kami sekeluarga akan menyambutnya di Kg. Parit Kassan, Bukit Gambir, Muar. Kami bergilir-gilir beraya di rumah mertua. Tahun hadapan rumah mak aku pulak di Jementah..

Dan pada petang hari raya ke 2 pula, kami akan pulang beraya di kampung aku pulak di Jementah.

Semoga hari raya ini juga adalah hari yang penuh bermakna bagi kita semua.

Sekali lagi, aku bagi pihak keluarga mengucapkan salam Aidil-Fitri. Maaf Zahir & Batin sekiranya ada salah dan silap.

Akhirkata berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi.

Wassalam.

  • Lagu Raya


  • Kad Raya


  • Upload Video Raya