Berita Sedih

19 September 2010

Jam 6.30 petang dapat panggilan telefon daripada Mak Cik Tinah bagitau Tok Hj. Abu telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Segamat dalam usia 79 tahun akibat radang paru-paru. Mula masuk hospital pada hariraya ke 3 dan telah koma selama 8 hari. Pertaliannya ialah emak aku (Mak Mor) anak yang sulung, yang kedua arwah nie dan yang ketiga arwah Hj. Kasan anak yang bongsu.

Pada tahun 1938 (seperti yang telah diceritakan oleh mak aku) oleh kerana ayah mereka telah meninggal dunia, maka arwah nenek aku dan 3 beradik ini telah berhijrah daripada Pulau Jawa ke Malaysia menaiki kapal laut dengan harapan dapat membina hidup baru. Umur emakku pada masa tu 9 tahun, arwah Hj. Abu 7 tahun dan arwah Hj. Kasan 5 tahun.

Mudah2an roh Allahyarham Hj. Abu ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

No comments: