Majlis Sambutan Hari Raya

23 September 2010

Pada hari ini telah berlangsungnya majlis sambutan hari raya di Dewan Sri Temenggong, UiTM Johor.Bagi memeriahkan lagi sambutan, berbagai persembahan telah diadakan antaranya marhaban yang diketuai oleh Imam Ustaz Azrul, montaj, nasyid dan banyak lagi.
Antara tetamu VVIP yang hadir ialah Tuan Hj. Mastor, Pengurus Tabung Haji Daerah Segamat (rakan bapa mertua) dan ramai lagi ketua-ketua jabatan kerajaan yang hadir bagi memeriahkan majlis hari raya ini.

Pada 22 September 2010 (Rabu) semua wakil setiap bahagian dikehendaki menghias dewan dan pentas juga diadakan aktiviti gotong-royong memasak makanan jamuan hariraya antaranya memasak rendang, ketupat, nasi himpit, kuah lodeh dan lemang.

Sekalung tahniah dan penghargaan di atas kerjasama semua staf dan juga kepada kontraktor makanan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan majlis sambutan hari raya pada tahun ini.

Tahniah dan syabas juga kepada DJ bertugas yang telah memeriahkan suasana majlis aidil-fitri ini. (En. Jamal dan Cik Rabiatul Adawiyah) yang tidak henti-henti bercakap dari pagi sehingga tamat majlis.

Semoga Allah SWT memberikan keberkatan, kerahmatan, keampunan serta hidayah kepada semua warga UiTM Johor.

Amin.

No comments: