Web PPSM

29 Disember 2010

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Hari nie aku nak perkenalkan kepada pengunjung blog ini tentang kewujudan satu laman web PPSM yang begitu praktikal dan efisen. Laman web ini juga sama seperti laman network seperti "FACEBOOK" ataupun "MYSPACE" dan ianya terbuka kepada semua Pembantu Perpustakaan seluruh Malaysia. Sebelum login kita perlu mendaftarkan keahlian kita. Aku rasa banyak info yang dapat kita manafaatkan daripada laman web tersebut.Untuk maklumat lanjut sila klik
  • sini
  • Melawat Kematian

    26 Disember 2010

    Hari nie aku dan mak pergi ke Kg. Bukit Banjar, Tangkak kerana melawat Allahyarham Pak Cik Misnan yang telah meninggal dunia petang semalam akibat penyakit kencing manis. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar dan telah koma selama 2 minggu.

    Begitu ramai sanak saudara serta sahabat handai yang datang menziarahi jenazah beliau untuk memberikan penghormatan yang terakhir. Jenazahnya telah selamat dikebumikan lebih kurang jam 12.00 tengahari.

    Mudah-mudahan roh Allahyarham pak cik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

    Al-fatihah.

    Surat Akuan

    12 Disember 2010

    Pada hari ini kami dua beradik telah menandatangani surat akuan sumpah di pejabat Pesuruhjaya Sumpah di No. 2, Taman Ria, Jementah berkenaan pembahagian tanah GM2333 Lot 1218 Mukim Jementah.

    Ini adalah kerana semasa proses pindahmilik tanah dilakukan di Pejabat Tanah Segamat, pegawai tersebut memberitahu tanah tersebut tidak boleh diletakkan dua nama kerana tidak mencukupi keluasannya iaitu sekurang-kurangnya 1 ekar untuk 1 nama dimana keluasan tanah yang sedia ada hanyalah 1E.2R.04P sahaja.

    Melalui surat sumpah tersebut aku membuat akuan menyerahkan sebahagian lagi tanah tersebut sebagaimana mengikut pesanan mak supaya sebahagian tanah tersebut hendaklah diberikan kepada adik perempuanku.

    Walaupun di dalam hakmilik tersebut tertera nama aku seorang tetapi pada hakikatnya sebahagian lagi tanah tersebut adalah milik adik perempuanku. Dan di antara sempadan tanah itu juga telah ditandakan dengan batu bersimen dan kami adik beradik telah bersetuju dengan pembahagian sempadan tanah tersebut.

    Melalui surat sumpah itu juga aku membuat akuan tidak akan menuntut hak atau mengambil sebarang tindakan undang-undang atau apa-apa prosiding mahkamah terhadap adik aku ini setelah sebahagian tanah tersebut diserahkan kepada beliau.

    Tujuan sebenar aku membuat surat akuan ini supaya tidak timbul segala masalah di masa akan datang dan anak-anak kami juga tidak boleh mempertikaikan apa yang telah dipersetujui antara kami adik beradik.

    "مَنِ اقْتَطَعَ شِبْرًا مِنَ الأَرْضِ ظُلْمًا طَوَّقَهُ اللَّهُ إِيَّاهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ. رواه مسلم

    * Maksud hadis nabi "Barang siapa yang merampas walau sejengkal tanah (orang lain) secara aniaya nescaya Allah akan menghimpitkannya dengan tujuh lapis (petala) tanah atau bumi pada hari kiamat kelak" (Riwayat Muslim).

    Jemputan Kahwin

    11 Disember 2010

    Jam 7.00 pagi kami bertolak dengan 3 buah kereta pergi jemputan rumah pak cik, Tuan Haji Othman b. Haji Sater di Kg. Melayu Kangkar Pulai, J. Bahru (adik mak mertua).Sebelum sampai rumah pengantin kami semua singgah rumah mak cik zamrah di Taman Sri Pulai Perdana. Dan sampai di rumah pengantin tepat jam 12.00 tengahari.

    Setelah selesai majlis kami semua pergi menziarahi nenek isteriku sakit dan ditempatkan di wad ICU Hospital Sultanah Aminah, J. Bahru. Nenek masuk hospital sehari sebelum majlis iaitu selepas pengantin selamat diijabkabul tiba-tiba nenek pengsan lalu di hantar oleh bapa pengantin ke hospital. Hasil pemeriksaan yang dijalankan doktor kata ada darah beku di kepala.

    Kami semua mendoakan mudah-mudahan penyakit nenek cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Amin.

    Selamat Tahun Baru Hijrah

    05 Disember 2010

    1 Muharram 1432H bersamaan dengan 07 Disember 2010

    Assalamualikum dan salam sejahtera.

    Sempena menyambut tahun baru hijrah ini, marilah kita sama-sama mengambil iktibar akan segala perkara yang telah berlaku. Tanamkan niat serta berikhtiar untuk perubahan yang lebih baik dan yang lebih bermanafaat untuk diri, keluarga dan untuk orang-orang di sekeliling kita.InsyaAllah.

    Semoga 12 bulan mendatang penuh cemerlang,
    52 minggu penuh kebahagiaan,
    365 hari penuh keberkatan,
    8760 jam dilimpahi kasih sayang,
    8525600 minit penuh kesabaran.

    Hayatilah senikata lagu daripada kumpulan Al-Jawaher suatu ketika dulu...
    Satu Muharram detik permulaan
    Perkiraan Tahun Islam Hijrah
    Perpindahan Nabi & umat Islam
    Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

    Atas keyakinan & iman yg teguh
    Kaum Muhajirin & Ansar bersatu
    Rela berkorban, harta & nyawa
    Demi menegakkan Islam tercinta

    Hijrah itu pengorbanan
    Hijrah itu perjuangan
    Hijrah itu persaudaraan
    Hijrah membentuk perpaduan

    Oleh itu mari semua
    Kita sambut Maal Hijrah
    Tingkatkan semangat
    Tegakkan syiar Islam
    Untuk sepanjang zaman.