12 Disember 2010
Pada hari ini kami dua beradik telah menandatangani surat akuan sumpah di pejabat Pesuruhjaya Sumpah di No. 2, Taman Ria, Jementah berkenaan pembahagian tanah GM2333 Lot 1218 Mukim Jementah.
Ini adalah kerana semasa proses pindahmilik tanah dilakukan di Pejabat Tanah Segamat, pegawai tersebut memberitahu tanah tersebut tidak boleh diletakkan dua nama kerana tidak mencukupi keluasannya iaitu sekurang-kurangnya 1 ekar untuk 1 nama dimana keluasan tanah yang sedia ada hanyalah 1E.2R.04P sahaja.
Melalui surat sumpah tersebut aku membuat akuan menyerahkan sebahagian lagi tanah tersebut sebagaimana mengikut pesanan mak supaya sebahagian tanah tersebut hendaklah diberikan kepada adik perempuanku.
Walaupun di dalam hakmilik tersebut tertera nama aku seorang tetapi pada hakikatnya sebahagian lagi tanah tersebut adalah milik adik perempuanku. Dan di antara sempadan tanah itu juga telah ditandakan dengan batu bersimen dan kami adik beradik telah bersetuju dengan pembahagian sempadan tanah tersebut.
Melalui surat sumpah itu juga aku membuat akuan tidak akan menuntut hak atau mengambil sebarang tindakan undang-undang atau apa-apa prosiding mahkamah terhadap adik aku ini setelah sebahagian tanah tersebut diserahkan kepada beliau.
Tujuan sebenar aku membuat surat akuan ini supaya tidak timbul segala masalah di masa akan datang dan anak-anak kami juga tidak boleh mempertikaikan apa yang telah dipersetujui antara kami adik beradik.
"مَنِ اقْتَطَعَ شِبْرًا مِنَ الأَرْضِ ظُلْمًا طَوَّقَهُ اللَّهُ إِيَّاهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ. رواه مسلم
* Maksud hadis nabi "Barang siapa yang merampas walau sejengkal tanah (orang lain) secara aniaya nescaya Allah akan menghimpitkannya dengan tujuh lapis (petala) tanah atau bumi pada hari kiamat kelak" (Riwayat Muslim).
1 comment:
salam . boleh tak saya mintak contoh format surat tersebut
Post a Comment