My Facebook

31 Disember 2011

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang budiman sekelian...

Mulai tahun hadapan (Januari 2012) semua aktiviti penulisan di blog ini tidak akan disiarkan lagi di sini dan semua aktiviti akan di lakukan di Facebook saya sahaja kerana ianya lebih mudah untuk di kunjungi.

Walaubagaimanapun blog ini tidak akan di tutup kerana begitu banyak sekali catatan yang boleh dimanfaatkan bersama.

Selamat berjumpa di Facebook saya 

Wassalam.

Radio Online

30 November 2011


                                                                 
RADIO KOMUNITI ANDA


Kepada anda yang ingin menjadi DeeJay di Radio Separapfm.blogspot.com sila hantarkan sedikit biodata tentang diri anda. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan akan diberikan.

Jika anda berminat sila hantar email ke djfirhan@yahoo.com atau SMS 017-774568

UNiC Online

11 November 2011

Mulai hari ini 11.11.11 (jumaat) laman web UNiC Online sudah mula beroperasi.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat melayari laman web yang tidak seberapa ini dan jadikanlah yang baik itu teladan dan yang buruk itu sempadan.

Di dalam era ICT dan globalisasi kita tidak dapat menyangkal bahawa kepentingan mengakses maklumat secara online untuk dikongsi bersama oleh semua pihak adalah merupakan satu perkongsian bestari dan maju selangkah ke hadapan.

Tujuan utama saya menghasilkan laman web ini adalah supaya kita semua dapat bertukar-tukar fikiran serta dapat mengetahui apa jua aktiviti yang akan ataupun sedang dijalankan di sekeliling kita selaras dengan keperluan zaman IT sekarang ini.

Saya telah mula mempelajari bidang ini semenjak tahun 2006 lagi. Saya juga pernah mengikuti "Kursus Pembangunan Laman Web Joomla" di jabatan tempat saya bekerja.

Alhamdulillah sehingga kini saya telah mula mendapat beberapa tempahan untuk membuat laman web seperti ini. Namun saya akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki lagi beberapa laman web dari masa ke semasa.InsyaAllah.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang laman web ini sila klik UNiC Online

Wassalam.

Daripada :-

Admin
UNiC Online

Solat Hajat Perdana

08 September 2011

Pada sebelah malam pula menghadiri Majlis Solat Hajat Perdana bagi Zon Jementah untuk calon-calon UPSR, PMR & SPM 2011 di Masjid Jamek Bandar Jementah.

Kelihatan ramai ibubapa serta guru yang turut hadir bagi sama-sama mendokan serta memohon kepada Allah agar anak mereka diberikan kelapangan fikiran semasa menjawab semua soalan sewaktu peperiksaan kelak. Sebelum solat hajat telah diadakan motivasi yang telah disampaikan oleh En. Ali Saifuddin daripada Segamat. Banyak nasihat serta tunjuk ajar yang boleh dijadikan panduan serta pedoman kepada calon2 sekelian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan serta jawatankuasa masjid jementah kerana telah menganjurkan program yang saban tahun diadakan ini.

Kunjungan Aidil - Fitri

07 September 2011
 

Malam ini kami sekeluarga begitu terharu sekali (terutamanya mak) kerana menerima tetamu aidil fitri daripada Indonesia (saudara sebelah arwah nenek). Mereka berkunjung ke sini dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan kekeluargaan yang telah terpisah sejak sekian lama kerana arwah nenek datang ke Malaysia pada tahun 1938.

Walaupun jauh beribu batu namun pak cik (imam hj. hussin) kerap mengutus surat ataupun menghubungi melalui telefon untuk bertanyakan khabar antara satu sama lain. Pada awal tahun ini iaitu pada bulan februari yang lepas beliau telah pergi ke Indonesia untuk bertemu dengan semua kaum keluarga di sana. Dan mereka berjanji akan datang ke Malaysia pada hari raya aidil fitri ini untuk menemui saudara mara di sini.

Tazkirah

06 September 2011

Pada petang ini di PTDI telah diadakan tazkirah mengenai kesempurnaan solat serta perkara-perkara yang membatalkan solat yang telah disampaikan oleh Ustaz Zaki daripada Unit Kefahaman Islam, UiTM Johor.

Banyak perkara yang telah di sentuh oleh Ustaz Zaki dan banyak juga soalan yang telah dikemukakan.

Program tazkirah ini amat baik sekali kerana banyak perkara yang dapat dimanfaatkan oleh semua warga PTDI.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang telah disampaikan oleh ustaz.

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri

29 Ogos 2011

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam... Semoga Allah merahmati seluruh umat Islam di muka bumi ini yang bakal meraikan hari kemenangan Syawal esok..

Ramadhan akan kita tinggalkan,
Hampir menjelma syawal mulia,
Aidilfitri berbahang terasa,
Disambut dengan rasa gembira.


Biarlah dalam kita bergembira menyambut kedatangan Syawal pada kali ini, kita tak lupa kepada golongan yang miskin dan memerlukan...

Berhati-hati di jalanraya semoga selamat sampai ke destinasi.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Ikhlas daripada : Roslan & Keluarga.

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya

20 Ogos 2011

Pada pagi sabtu bulan ramadhan yang mulia ini telah berlangsungnya suatu majlis penyampaian sumbangan hariraya kepada ibu-ibu tunggal & warga emas di sekitar DUN Jementah. Majlis yang saban tahun diadakan ini adalah anjuran pihak KEMAS, Jementah dan juga gabungan daripada Jabatan Hal Ehwal Wanita, Daerah Segamat (JASA).

Semua sumbangan telah disampaikan oleh Puan Hjh. Puspa Hairani bte. Hj.Hassan (Ketua Wanita UMNO, Bahagian Segamat).

Pada majlis tersebut, seramai 40 orang telah menerima sumbangan yang berupa barangan keperluan dapur bagi meraikan hari raya aidil-fitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Syukur alhamdulillah, majlis ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Semoga program yang seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun yang akan datang. InsyaAllah.

Majlis Perpisahan Bekas Pengarah

09 Ogos 2011

Pada hari ini aku telah di minta oleh boss tempat aku bekerja untuk membacakan doa perpisahan untuk bekas pengarah UiTM Johor iaitu Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil Bin Hj. Ibrahim dan isterinya Puan Hjh. Raudzah binti Hj. Roslan yang akan berpindah ke Universiti Tayyibah, Madinah. Inilah doa yang aku baca sebentar tadi:

Ya Allah
Pada saat dan detik yang bersejarah ini kami menghulurkan tangan memohon ihsan dan rahmatMu agar anugerahkanlah kesejahteraan, taufik dan hidayahNya kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil Bin Hj. Ibrahim dan Puan Hjh. Raudzah binti Hj. Roslan, insan yang akan berpisah dengan kami. Kami sedar bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahannya dan ada hikmah di sebaliknya kerana semuanya adalah ketentuan dan takdir yang telah ditentukan olehMu.

Ya Allah
Kurniakanlah ganjaran, syafaat dan keredhaanMu di atas segala jasa-jasa baik beliau yang telah dicurahkan kepada kami seluruh warga UiTM Johor. Begitu jua Ya Allah di atas semangat juang beliau yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran beliau semasa mentadbir UiTM Johor.

Ya Allah
Kami memohon kepadaMu agar kurniakanlah kepada insan yang diraikan pada hari ini, kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang melimpah ruah serta mereka dapat menikmati kehidupan di tempat baru dalam keadaan damai dan sentosa. Ya Allah janganlah dihampakan segala hajat dan impian kami. Hanya padaMu tempat kami berharap dan hanya padaMu jua yang dapat mengabulkan segala permintaan hambaMu.

Amin Ya Robbal Alamin.

Selamat Berpuasa

01 Ogos 2011 (01 Ramadhan 1432H)

Aku terima email Doa Harian Ramadhan ini daripada Ustaz Sidek b. Abdullah (Ketua Unit Kefahaman Islam, UiTM Johor) dan diterbitkan semula di sini untuk manafaat kita bersama. InsyaAllah.
Doa Hari 1
Ya Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam !! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari 2
Ya Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Semua Pengasih!!

Doa Hari 3
Ya Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Zat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari 4
Ya Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Zat Yang Maha Melihat.

Doa Hari 5
Ya Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Soleh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Zat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari 6
Ya Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari 7
Ya Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Zikir Berupa Zikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari 8
Ya Allah! Berilah Aku Rezeki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

Doa Hari 9
Ya Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran- Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari 10
Ya Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari 11
Ya Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan- Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari 12
Ya Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari 13
Ya Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari 14
Ya Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Kerana Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari 15
Ya Allah! Berilah Aku Rezeki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari 16
Ya Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari 17
Ya Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Selawat Atas Muhammad Dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari 18
Ya Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari 19
Ya Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, DanMudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari 20
Ya Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Syurga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.

Doa Hari 21
Ya Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keredhaan- Mu. Dan Janganlah Engkau Beri Jalan Kepada Syaitan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Syurga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirehatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari 22
Ya Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Kurnia-Mu, Turunkan Untuk ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab-Penyebab Keredhaan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Syurga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari 23
Ya Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari 24
Ya Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keredhaan-Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari 25
Ya Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari 26
Ya Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di Syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari 27
Ya Allah! Rezekikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadar, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh.

Doa Hari 28
Ya Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari 29
Ya Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari 30
Ya Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keredhaan-Mu Dan Keredhaan Rasul. Cabang-Cabangnya Kukuh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Muhammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Temujanji Hospital Segamat

27 Julai 2011

Hari nie pergi lagi ke Hospital Segamat sebab ada temujanji. Hasil perbincangan dengan doktor dia mencadangkan supaya isteri aku nie kena masuk wad pada 14-15/08/2011 sebab nak buat pemeriksaan melalui kamera untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit yang dialaminya. Mak oii letihnya aku bulan puasa nie kena ulang alik hospital. Tapi apa boleh buat dah nasib badan kenalah terima apa yang telah ditakdirkan olehNya.

Unit Kecemasan Hospital Segamat

20 Julai 2011

Hari nie pulak pergi Hospital Segamat terus ke Unit Kecemasan kerana penyakit isteri aku kira dah teruk la nie. Setelah beberapa jam diberikan rawatan kecemasan oleh doktor yang bertugas barulah terasa lega dibahagian perutnya. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Ujian Mammogram & Ultrasound

18 Julai 2011

Hari nie ambil cuti sebab nak bawa orang rumah buat ujian Mammogram (subsidi kerajaan = RM50.00) di Hospital Pantai, Batu Pahat. Sampai di sana aku pun tunjukkan surat rujukan daripada Klinik LLPKN, Segamat.

Oleh kerana isteri aku sedang sakit yang teramat sangat dibahagian perutnya, jadi aku pun minta buat ultrasound sekali. Hasil ujian Mammogram adalah normal manakala ujian ultrasound pula doktor memberitahu dia mengalami keradangan pada bahagian hatinya.

Setelah selesai semuanya kami makan tengahari di Restoran Nasi Beriani Al-Azhar 25 jam. Pelik jugak aku biasanya sehari semalam ade 24 jam aje. Sambil tu boleh tengok Wi-Fi lagi tu. Perjalanan pergi balik ke Batu Pahat lebih kurang 300 KM. Aku catit kilometer nie sebab nak claim mileage itu pun jika diluluskan oleh pihak atasan.

Mesyuarat Jawatankuasa

10 Julai 2011

Selepas solat isyak menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Surau Kubu Dedap bagi membincangkan beberapa perkara. Hasil perbincangan tersebut ada AJK yang mencadangkan supaya membeli peralatan surau yang telah rosak seperti alat pembesar suara, jam solat digital dan karpet yang telah usang.

Tuan Pengerusi juga telah mencadangkan supaya diberikan saguhati tahunan bagi menghargai pengorbanan kepada mereka yang telah membersihkan surau pada setiap hari iaitu En. Hussin bin Nasip.

Manakala peserta tadarus AL-Quran pada bulan ramadhan pada kali ini juga akan diberikan saguhati juga tidak ketinggalan kepada En. Wiwin (yang selalu membantu Bilal Haron).

Semua AJK juga telah sebulat suara bersetuju dengan semua cadangan yang telah diutarakan. Selain daripada itu banyak lagi perkara-perkara yang telah dibincangkan bersama bagi mengimarahkan lagi surau ini.




Jeram Ulu Jementah

05 Jun 2011


Hari nie kami sekeluarga mandi di jeram ulu jementah yang terletak di Kg. Paya Jakas. Untuk menuju ke tempat tersebut tidaklah begitu jauh. Dari jalan utama hanya lebih kurang 2KM (10 miniit) perjalanan. Jalannya berbukit-bukau begitu menyukarkan lebih-lebih lagi jika kita berselisih dengan kenderaan lain. Airnya begitu jernih sekali kerana masih belum tercemar.

Laptop Baru Untuk Dijual

03 Jun 2011

Harga : RM 1449.00
Jika anda berminat sila hubungi:-
H/P: 012-7344442
Emel : uniconline@gmail.com

Pokok Pelam

23 Mei 2011

Hari nie aku ambil cuti sebab nak potong pokok di depan rumah yang dah terlalu rendang dan tinggi hampir sampai ke wayar elektrik. Lagi satu sebab aku potong pokok tu ialah takut tumbang sewaktu angin ribut.

Siap aje potong, aku terus contact driver lori untuk buang ke tempat pembuangan sampah supaya tak bersepah di halaman rumah.

Hari Keluarga 2011

14 Mei 2011


Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana dengan limpah dan rahmatNya, Hari Keluarga Kelab PTDi telah selamat diadakan pada 14 Mei 2011 di Hutan Lipur Sg. Bantang, Bekok, Labis serta dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan ataupun rintangan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Kelab dan kepada rakan-rakan sekelian yang telah membuat persiapan bagi menjayakan program hari keluarga pada kali ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan program ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik tuan/puan semua.

Semoga di tahun hadapan kelab kita dapat buat program yang seperti ini lagi, InsyaAllah.

Sempena Hari Ibu

08 Mei 2011


Selamat Hari Ibu kepada ibu anak-anakku. Tabahkan hati dan kuatkan iman melayani karenah anak-anak kita (adik, abang & kakak). Sempena hari ibu ini aku terkenangkan arwah ibuku yang sudah lama pergi menemui Illahi iaitu pada tahun 1972 lagi.

Waktu itu umurku baru 5 tahun dan adik perempuanku berumur 3 tahun. Sejak itu kami 2 beradik telah dipelihara oleh nenek yang kami panggil emak hinggalah sekarang (menitis airmataku mengenangkan ini semua).

Namun aku tetap redha dengan ketentuan Illahi. Semoga ibu bahagia di sana dan beroleh keampunan serta kerahmatan Allah S.W.T. Amin Ya Robbal Alamin.

* Jika anda masih ada kedua ibubapa, lawatilah mereka selalu dan kasihilah mereka sebagaimana mereka memgasihi kita sewaktu kecil.

Mini Konvensyen ICC

19 April 2011
Mini Konvensyen ICC 2011 Wilayah Selatan anjuran MPC telah diadakan di Bunga Raya Ballroom II, Hotel Renaissance, Melaka. Sebanyak 29 kumpulan yang terdiri daripada sektor swasta dan kerajaan telah mempersembahkan projek masing-masing.

Ucapan pembukaan telah dirasmikan oleh En. Zainudin b. Hj. Elias iaitu Pengarah MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) Wilayah Selatan. Di akhir pertandingan tersebut, En. Ahmad Faizal bin Ahmad yang merupakan Ketua Panel Penilai MPC memberitahu kepada semua peserta kumpulan, jika banyak soalan yang ditanya semasa persembahan bermakna hakim akan memberikan markah lebih kepada kumpulan tersebut dan sebaliknya jika tiada soalan langsung ini bermakna hakim tidak faham projek yang dipersembahkan.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dato' Hj. Naim b. Abu Bakar (Pegawai Kewangan Negeri Melaka) bagi menggantikan Y.B Datuk Wira Omar b. Kaseh (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka) yang tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi yang lain.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Dedap

16 April 2011

Jam 8.30 pagi kami semua telah berkumpul di balai yang telah didirikan untuk bergotong royong rewang masak memasak untuk majlis sambutan maulidur rasul peringkat taman ini.

Pada sebelah malam iaitu sebelum majlis sambutan dimulakan bacaan doa dan selawat telah diketuai oleh Ustaz Idris b. Ismail. Selepas itu diikuti pula ucapan alu-aluan oleh Pengerusi taman ini iaitu Cikgu Azni bin Ismail. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk taman tidak kira penghuni tetap ataupun penyewa yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program sambutan pada kali ini.

Ceramah sambutan pada kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Wan Sharifudin bin Wan Hassan daripada Sekolah Menengah Agama Khairiah Gubah, Segamat. Mudah-mudahan apa yang telah disampaikan oleh tuan penceramah dapat dijadikan iktibar oleh kami semua penduduk taman supaya kehidupan kita lebih sejahtera dimasa akan datang.

Majlis telah selesai pada jam 11.00 malam.

Gotong Royong

02 April 2011

Jam 8.00 pagi semua penduduk Taman Dedap telah berkumpul untuk melakukan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan taman. Setiap keluarga membawa kuih-muih bagi tujuan jamuan ringan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. Aktiviti ini juga telah disertai oleh beberapa kakitangan daripada pejabat Majlis Daerah Segamat yang telah sama-sama membantu kami semua.

Alhamdulillah, pada kali ini begitu ramai penghuni taman ini menyertai gotong-royong ini tidak kira penduduk tetap ataupun penyewa telah sama-sama berganding bahu melakukannya demi mengindahkan serta menceriakan sekitar kawasan taman ini.

Majlis Dailog UPSR Siri 1

01 April 2011

Jam 8.00 malam semua ibubapa pelajar calon UPSR 2011 hadir di Dewan SK Jementah. Guru Besar, Puan Halizah bte Ma'arof dalam ucapannya menyatakan bahawa tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi maklum balas serta pendedahan kepada ibubapa mengenai prestasi anak-anak mereka dalam UPPM 1. Beliau juga menyatakan Guru-guru yang mengajar tahun 6, ibu bapa dan calon UPSR dapat duduk semeja berbincang bersama-sama mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik anak-anak mereka.

Pada pendapat aku, program ini dapat menjalinkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru-guru demi kecemerlangan dan kejayaan murid-murid. Disamping itu juga dapat meningkatkan keyakikan diri dan semangat murid-murud untuk melakukan yang terbaik dalam akademik.

Pihak sekolah juga berharap semua calon UPSR tahun ini dapat mencapai keputusan yang cemerlang pada peperiksaan tersebut.

Program Motivasi Kendiri As-Sufi

26 Mac 2011

Jam 7.00 malam bertempat di Sekolah Kebangsaan Jementah telah berlangsungnya suatu program Motivasi Kendiri As-Sufi untuk murid-murid tahun 6 2011. Program ini telah dikendalikan oleh Ustaz Abdullah bin Hamad yang juga Pengurus kepada As-Sufi Consultant, Muar. Dan selepas selesai saja solat maghrib diadakan pula bacaan yaasin.

Selepas solat isyak, diadakan pula solat hajat memohon kepada Allah agar semua calon-calon UPSR pada tahun ini diberikan hidayah serta petunjuk serta terang hatinya bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Kehadiran ibubapa pada kali ini amatlah menggalakkan. Semoga usaha murni pihak sekolah didalam menjayakan program ini mendapat keberkatan daripada yang Maha Esa.

Sambutan Maulidur Rasul

19 Mac 2011
Program sambutan maulidur rasul telah diadakan di Surau Kg. Kubu Dedap, Jementah. Rasanya masih belum terlewat untuk menyambut program yang setiap tahun diadakan ini bertujuan bagi memperingati hari keputeraan junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sebelum ceramah dimulakan bacaan selawat telah diketuai oleh Tuan Imam Hj. Md Sabilan bin Hj. Saidun.

Penceramah undangan pada kali ini ialah Ustaz Haji Norizam bin Suradi daripada Felda Kemelah, Segamat. Begitu banyak panduan serta pengajaran yang telah disampaikan oleh beliau pada majlis tersebut dan beliau meminta kepada semua sekelian yang hadir agar mengetahui makna bacaan surah Al-Fatihah supaya solat kita menjadi lebih khusyuk dan sempurna. Program tersebut telah tamat pada jam 11.00 malam. Mudah-mudahan kita semua mendapat pedoman serta rahmatNya daripada apa yang telah disampaikan oleh tuan penceramah tersebut. InsyaALLAH.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada mereka yang telah membuat persiapan bagi menjayakan program yang seumpama ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Amin…

Mak Mertua Masuk Wad

04 Mac 2011

Hari nie aku dan Halim (adik ipar) ambil cuti kerana hendak menghantar mak mertua ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana menghidap sakit kencing manis.

Jam 10.30 pagi tiba di bahagian kecemasan HPSF, Muar dan doktor yang merawatnya memberitahu luka dikakinya telah mencapai tahap serius dan bacaan gula dalam darahnya pula ialah 17.9 (normal 5 – 6) dan bacaannya sering turun naik tidak stabil. Doktor mengarahkan perlu dilakukan x-ray di kedua-dua belah kakinya kerana dikhuatiri kuman telah menyerang hingga ke tulang. Selepas di x-ray doktor telah mengarahkan supaya mak mertua di masukkan ke Wad 6, HPSF, Muar.

Pembedahan telah dilakukan pada hari keenam tinggal di wad dan 1 pain darah telah dimasukkan kerana kandungan darahnya tidak mencukupi iaitu 8.5 (normal 12). Pembedahan telah dilakukan di kakinya untuk membuang daging yang telah rosak. Hampir 2 ½ jam kami semua adik-beradik menunggu akhirnya mak mertua pun keluar daripada bilik bedah dan kami dapati kedua-dua belah kakinya telah berbalut dan ini keadaan ini amat menyukarkan untuk dia berjalan.

Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai yang sudi datang ziarah mak mertua di HPSF, Muar dan juga atas sumbangan yang telah diberikan hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian semua.

Perlantikan AJK

24 Februari 2011

Hari ini menerima surat perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Masjid Dan Surau Negeri Johor daripada Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor, Johor Bahru.

Pengarah Jabatan Agama Johor iaitu Tuan Haji Elias bin Hasran di dalam suratnya menyatakan beliau berharap semua AJK yang dilantik dapat meneruskan peranan dan tugas bagi mengimarahkan masjid atau surau di Negeri Johor.

Ini adalah lantikan kali ke 2 menjadi AJK Surau Kubu Dedap dan kali pertama dilantik ialah pada sessi 2005-2007.

Tambak

19 Februari 2011

Aku beli batu gerewel nie sebab nak tambak halaman rumah mak. Ini adalah untuk mengelakkan air banjir supaya tidak masuk ke dalam rumah. Pada banjir yang lepas air hampir sampai ke ruang tamu.
Dulu masa sebelum didirikan bangunan rumah nie, aku dah tambak lebih kurang 40 lori itu pun masih tak mencukupi lagi. Maklumlah tanah di kawasan nie rendah jadi aku terpaksalah tambak lagi. Tapak rumah mak aku nie asal usulnya adalah tanah sawah padi sebab tu rendah.

Program Ziarah Ke Rumah Rakan Sekerja Mangsa Banjir

08 Februari 2011

Para petugas sedang membahagikan barang-barang keperluan untuk rakan sekerja mangsa banjir.




Sessi Bergambar sebelum ziarah ke rumah-rumah mangsa banjir.

Rumah En. Roslan Mohd Nor - Taman Mida



Rumah En. Mohd Sukor Mesiran - Kg. Jawa




Rumah En. Mohd Daniel Daud - Kg. Jawa



Rumah Pn. Zalina Hj. Hitam - Kg. Gemereh


Rumah En. Rosnan Ali - Kg. Jawa


Rumah Pn. Rosmawati Hj. Basiran

Banjir 2011

31 Januari 2011 (Ahad)

Hujan yang turun tidak henti-henti sejak hari jumaat lalu telah mengakibatkan banjir di beberapa buah kampung di Jementah. Antara kampung yang terlibat adalah Kg. Ah Tong, Kg. Seberang Gelugor, Kg. Kubu Dedap, Kg. Sungai Siput, Kg. Batu 11, Kg. Pulau Jering, Kg. Lubok Bandan, Kg. Bukit Pam, Kg. Bukit Tunggal, Kg. Tebing Tinggi, Kg. Batu 7 Dan Kg. Sengkang Legeh.

Banjir yang melanda pada kali ini adalah lebih buruk daripada banjir tahun 2006. Kebanyakan penduduk tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka kerana air banjir datang begitu cepat dan deras sekali.
Beberapa jalan telah ditutup kepada lalulintas antaranya di batu 9 jalan Segamat - Muar yang kedalamannya mencapai paras dada. Manakala struktur tanah di jambatan batu 8 pula telah runtuh dihanyutkan oleh air banjir yang begitu deras. (sebelum simpang masuk ke UiTM)

Antara kampung yang paling teruk sekali di landa banjir adalah di Paya Mengkuang, Kg. Bukit Tunggal kerana air banjir hampir mencapai paras bumbung rumah. Dan ada juga tiang elektrik telah tumbang.Semua mangsa banjir telah ditempatkan di balairaya kampung masing-masing.

Semoga semua mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi ujian ALLAH ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tok Penghulu Mukim Jementah dan semua ketua-ketua kampung serta pihak-pihak yang terlibat di dalam membantu serta bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-mangsa banjir ini. Hanya ALLAH saja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua.

Nota : Gambar2 banjir akan di"upload"kan kemudian.

Taklimat Darjah Khas

28 Januari 2011

Jam 10.00 pagi menghadiri taklimat Darjah Khas tahun 2011 di Dewan Luqman Al-Hakim, SMKA Segamat. Tujuan taklimat ini diadakan supaya ibubapa mendapat penjelasan tentang Kelas Darjah Khas yang akan diadakan di SMKA ini. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Nazaruddin bin Ahmad daripada Pejabat Pendidikan Agama Daerah Segamat.

Beliau memaklumkan semua pelajar mestilah mendaftar di Sekolah Agama asal mereka dan sesi pembelajaran akan dilaksanakan di SMKA Segamat sebanyak 2 kali sebulan dan selebihnya akan belajar di sekolah agama asal mengikut jadual balik kampung. Dan apabila tiba peperiksaan pelajar akan ambil periksa di sekolah asal semasa mereka mendaftar.

Kelas ini diadakan adalah atas inisiatif pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bagi memberi peluang kepada pelajar tingkatan 1 mengikutinya demi memenuhi hasrat ibubapa supaya anak mereka dapat menamatkan pelajaran di Sekolah Agama Negeri Johor sehingga memperolehi Sijil Darjah Khas.

Semua ibubapa yang hadir amat berterima kasih dengan usaha murni pihak sekolah ini kerana tidak perlu lagi bersusah payah mengambil anak mereka pulang pada tiap-tiap minggu untuk menghadiri kelas Darjah Khas.

Temuduga di SMKA

10 Januari 2011

Hari nie jam 8.00 pagi hantar Abg Faiz temuduga untuk panggilan ke 2 di SMKA, Segamat. Keputusan temuduga pula telah diumumkan oleh GPK HEM sekolah tersebut pada jam 11.00 pagi dan Alhamdulillah telah lulus seterusnya diterima masuk.

Kelam kabut jugak dibuatnya sebab dalam satu hari nie terus buat pembayaran pendaftaran dan banyak keperluan masuk asrama yang perlu dibeli secara mendadak. Nasib baik la dah sedia awal-awal kalau tidak mana nak cari duit dalam masa satu hari nie.

Mudah-mudahan Abg Faiz dapat menyesuaikan diri di tempat barunya. InsyaAllah.

Panduan Al-Quran

04/01/2011

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Untuk panduan kita bersama dipaparkan di sini beberapa pautan ayat-ayat suci Al-Quran. Mudah-mudahan kita semua beroleh taufik dan hidayahNya. Amin. Untuk melihatnya sila klik
  • Listen Quran

  • Quran Explorer

  • Quran Flash

  • Quran Al-Islam

  • Quran Mukmin

  • Quran Index

  • Selamat Tahun Baru

    01/01/2011

    Selamat Menyambut tahun baru. Semoga kita semua ditetapkan iman, dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Sempena tahun baru ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dengan mendengar lagu i'tiraf daripada kumpulan raihan dibawah ini dan klik butang 'play'

    ||

    Wahai Tuhan
    Ku tak layak ke syurgaMu
    Namun tak pula aku sanggup
    Ke nerakaMu

    Ampunkan dosaku
    Terimalah taubatku
    SesungguhNya
    Engakaulah pengampun
    Dosa-dosa besar

    Ila hil las tu lil firdaus si ah laa
    Wala akwa alan naril jahimi
    Fahab li taubatau wag fi zunu bi
    Fa in na ka gho firuzambil azimi

    Dosa-dosaku
    Bagaikan pepasir dipantai
    Dengan rahmatMu
    Ampunkan daku oh Tuhanku

    Wahai Tuhan
    Selamatkan kami ini
    Dari segala
    Kejahatan dan kecelakaan

    Kami takut kami harap kepadaMu
    Suburkanlah cinta kami kepadaMu

    Kamilah hamba
    Yang mengharap
    Belas dariMu....