'Community Policing'

24 Julai 2010

Jam 9.00 pagi aku dan 6 rakan yang lain telah ditugaskan oleh boss aku untuk menyambut ketibaan Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd Mokhtar Bin Mohd Sharif sempena program 'Community Policing' 1 Mahasiswa. Program ini adalah kerjasama UiTM Segamat dengan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Segamat dan telah diadakan di Dataran Sri Bendahara UiTM Johor.

Ketua Polis Johor dalam ucapannya menyatakan'Community Policing’atau Kepolisian Komuniti adalah merupakan salah satu strategi pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam melibatkan orangramai dalam membantu mengawal jenayah dengan cara membantu mengenalpasti suspek yang meragukan, mengawal vandalisma dan membawa masalah yang berkaitan dengan jenayah pada perhatian pihak polis seterusnya dapat membanteras kes jenayah.

‘Community Policing’ ini juga menjadi alternatif untuk menjadi mata dan telinga pihak polis dalam memberikan laporan aktiviti yang meragukan dan seterusnya dapat mengurangkan jenayah di sesuatu kawasan. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran untuk sama-sama dengan pihak polis mencegah jenayah melalui perkongsian pintar dan penyaluran maklumat yang tepat serta cepat.

Ini adalah kerana jenayah yang berlaku adalah di dalam persekitaran masyarakat. Oleh itu hanya masyarakat sahajalah yang lebih mengetahui bentuk jenayah dan siapa yang terbabit, sekaligus menjadikan mereka perlu menyalurkan maklumat tersebut.

Semoga program ini telah memberikan manfaat kepada semua pihak dan majlis tersebut telah tamat pada jam 11.30 pagi.

1 comment:

NzA said...

sama2 kita bekerjasama dgn pihak polis utk mencegah jenayah yg mkn brleluasa.....