Lawatan Ke Politeknik Merlimau

30 Jun 2010

Jam 11.00 pagi bertolak ke Politeknik Merlimau Melaka dengan menaiki bas bertujuan untuk melakukan lawatan penandaras 5S. Lawatan pada kali ini telah disertai oleh pelbagai bahagian antaranya Perpustakaan, Pentadbiran, HEP, Unit Kualiti dan Keselamatan.

Sampai di bandar Merlimau jam 12.30 tengahari dan terus makan di restoran lepas tu kami semua solat zuhur di masjid berdekatan.

Jam 2.30 petang kami semua sampai di PMM dan telah di berikan taklimat Amalan 5S di Bilik Persidangan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PMM.

Politeknik Merlimau merupakan politeknik yang ke-14 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan kini ia bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan telah dipersijilkan MS ISO 9001:2000 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 14 Januari 2004 dan seterusnya memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM QAS International pada 25 Mei 2007 dan telah mendapat Persijilan 5S pada 31 Mac 2009 oleh pihak MPC.

Selepas itu kami melakukan lawatan tapak ke bilik fail, ruang pejabat JHEPP, ruang pejabat & pantry – kamsis dan akhir sekali ke perpustakaan. Begitu banyak perkara yang dapat kami pelajari hasil daripada lawatan tersebut.

Kami bertolak balik jam 5.30 petang dan telah selamat sampai ke UiTM Johor pada jam 7.00 malam.

No comments: