Selamat Hari Ibu

09 Mei 2010




Selamat Hari Ibu kepada ibu anak-anakku. Tabahkan hati dan kuatkan iman melayani karenah anak-anak kita (adik, abang & kakak).

Sempena hari ibu ini aku terkenangkan arwah ibuku yang sudah lama pergi menemui Illahi pada tahun 1972 lagi. Waktu itu umurku baru 5 tahun dan adik perempuanku berumur 3 tahun. Sejak itu kami 2 beradik telah dipelihara oleh nenek yang ku panggil emak hinggalah sekarang (menitis airmataku mengenangkan ini semua).

Namun aku tetap redha dengan ketentuan Illahi. Semoga ibu bahagia di sana dan beroleh keampunan serta kerahmatan Allah S.W.T.

Amin.

Nota: Kalau anda masih ada ibu atau bapa, lawatilah mereka selalu dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kita semasa kecil.

3 comments:

bekasmurid said...

Setiap pagi syawal pasti terkenangkan arwah ibu yang telah lama pergi menemui Illahi.

NzA said...

Sedihnya....ttp xpelh, nenek ada sbg penganti ibu...semoga arwah dicucuri rahmat...al-Fatihah.

unisee said...

tq nza...kekadang sy terlupa... org yg sy panggil mak itu la nenek saya... kerna dialah pengganti segala2nya...