Program Maulidur Rasul

01 Mei 2010
Bermula jam 9.00 pagi kami semua telah mula gotong royong memasak sempena menyambut program maulidur rasul peringkat Taman Dedap, Jementah.

Rasanya masih belum ketinggalan walaupun sekarang dah masuk bulan Jamadil Awal namun majlis tersebut tetap meriah dan mendapat sambutan di kalangan penduduk di sini untuk sama2 meraikan majlis memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pada sebelah malam sebelum majlis dimulakan pengerusi Persatuan Taman Dedap iaitu En. Azni bin Ismail telah menyampaikan kata2 aluan sebagai pembuka bicara. Beliau telah mengucapkan tahniah kepada semua penduduk taman ini kerana telah bertungkus lumus bagi menjayakan program ini.

Bacaan doa pula telah dibacakan oleh Tuan Haji Husin bin Md Musis selaku Imam Masjid Kg. Sungai Siput dan diikuti pula dengan bacaan selawat dan marhaban beramai-ramai.

Penceramah jemputan pada kali ini ialah Al-Fadhil Ustaz Haji Omar bin Abdullah. Aku telah mengenali beliau semenjak dari tahun 1992 lagi hinggalah sekarang. Beliau merupakan seorang penceramah bebas dari bandar Segamat yang diundang khas untuk menyampaikan ceramah pada majlis tersebut. Banyak pengajaran yang telah disampaikan oleh penceramah tersebut. Semoga kami semua penduduk taman ini mendapat petunjuk dan hidayahNya serta dijauhkan daripada segala bencana.

Mudah-mudahan di tahun hadapan kami dapat menganjurkan program yang seperti ini lagi.

InsyaALLAH.

2 comments:

NzA said...

bagus tu majlis maulidur-rasul disambut sepanjang masa.....xperlu tunggu tarikh n bln baru nk buatkn....

Admin said...

tq nza...klu kat sini majlis nie dah kira lambat la...tp klu kat bukit gambir memang masih meriah lagi.