Sambutan Maulidur Rasul

03 April 2010
Pada malam ini program sambutan maulidur rasul telah diadakan di Surau Kg. Kubu Dedap, Jementah. Program yang setiap tahun diadakan ini bertujuan bagi memperingati hari keputeraan junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W di kalangan ahli kariah sekelian.
Sebelum program dimulakan bacaan selawat telah diketuai oleh Tuan Imam Hj. Md Sabilan bin Hj. Saidun.

Pada kali ini Jawatankuasa Pentadbiran surau kami telah menjemput penceramah Ustaz Kemin bin Miskon bertugas di bahagian pendidikan di Pejabat Agama Daerah Segamat.
Antara intipati ceramah tersebut mengisahkan perjuangan rasulullah menegakkan agama Allah. Oleh itu kita sebagai umatnya mestilah patuh serta taat kepada perintah Allah serta menjauhi segala laranganNya.

Beliau juga mengingatkan kepada para sekelian yang hadir bahawa umur 40 tahun adalah peringkat untuk mengubah perangai serta tingkahlaku kita daripada tidak baik kepada baik. Dan jika pada umur tesebut kita masih tidak lagi berupaya untuk mengubahnya maka ia akan berlarutan sehingga kita meningkat tua. Janganlah umur dah masuk 60 tahun masih lagi melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah.

Di samping itu juga beliau meminta kita untuk mengetahui makna bacaan surah Al-Fatihah supaya solat kita menjadi lebih khusyuk dan sempurna. Dan banyak lagi panduan yang telah disampaikan oleh beliau pada majlis tersebut.

Program tersebut telah tamat jam 11.00 malam. Mudah-mudahan kita semua mendapat pedoman serta rahmatNya daripada apa yang telah disampaikan oleh tuan penceramah tersebut. InsyaALLAH.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada barisan AJK sambutan ini kerana telah bertungkus lumus di dalam menjayakan majlis tersebut. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.
Amin…

1 comment:

NzA said...

betul tu, kalu umo 40 thn masih xbrubah mmg sudah dh nk diubah...
Semoga brubah ke arah kebaikkan...