Program UMNO Juara Rakyat


Pada 10 April 2010 jam 10.30 pagi Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman telah merasmikan Program Juara Rakyat Kawasan Jementah bertempat di Dewan Serbaguna Jementah, Segamat.

Sebelum itu pada jam 10.00 pagi, Y.A.B Menteri Besar telah singgah di Kg. Paya Jakas, Jementah kerana menyampaikan kunci rumah PPRT kepada Puan Ruziah binti Pit dan bantuan membaiki rumah Encik Pit bin Buntal.

Di dalam majlis tersebut Dato’ MB telah berbesar hati menyampaikan Borang 5A Tanah Kurnia kepada penduduk Kg. Paya Lebar, Jementah.

Bantuan juga telah disampaikan kepada jabatan/agensi kerajaan serta menyampaikan sijil penyertaan Program Gerak Tumpu kepada para pelajar.

Beliau juga telah menyampaikan bantuan kepada fakir miskin yang kebanyakkannya adalah warga tua.

Program Juara Rakyat kawasan Jementah ini diadakan bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 12.00 malam dengan pelbagai pengisian dan aturacara telah dilaksanakan.

Pada sebelah petang pelbagai aturcara telah diadakan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan acara sukaneka pula telah diadakan di Padang Awam, Jementah.

4 comments:

NzA said...

meriah tu.....

KingBahar said...

TOLONG CERITAKAN SEDIKIT TENTANG RUMAH ENCIK PIT BIN BUNTAL YANG MEMILIKI KOLEKSI BARANGAN ANTIK DAN SEJARAH.

Admin said...

2 nza..memang meriah program nie maklumlah perasmi adalah pemimpin yang berjiwa rakyat.

Admin said...

2 KingBahar..koleksi barangan antik dan sejarah adalah milik peribadi. Kena mohon kebenaran daripada si pemilik sebelum di"publish"kan. Terima kasih.