Pertandingan IID Johor 2010

25 Ogos 2010

Hari nie kumpulan aku telah terlibat dengan Pertandingan Reka Cipta ataupun IID Johor. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan budaya inovasi dan kreatif di kalangan staf dan pelajar kampus UiTM Johor.

Di samping itu juga dapat menjana rekabentuk ciptaan yang baru dalam bidang ICT seterusnya dapat dikomersilkan. Sebanyak 55 produk dipertandingkan bagi semua kategori pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik.

Antara kategori yang dipertandingkan iaitu kategori A : Invention(Produk/Prototaip), kategori B : Innovation (Idea, Konsep, Sistem, Proses, Teknik, Perisian) dan kategori C : Design(Rekabentuk, dan Hasil Visual)

Majlis perasmian penutup dan penyampaian anugerah dan juga pelancaran bulan inovasi UiTM Johor 2010 telah disempurnakan oleh Prof. Dr Abu Bakar bin Abdul Majeed Penolong Naib Canselor (Penyelidikan), daripada UiTM Shah Alam.

Pada pertandingan ini kumpulan kami telah merangkul pingat emas dalam kategori “invention” dan “booth” terbaik. Berkat bulan Ramadhan yang mulia dan kerjasama petugas-petugas yang bersungguh-sungguh menerangkan berkenaan hasil ciptaan kumpulan kami kepada juri dan semua pelawat “booth”. Kepenatan dan keletihan terbalas dengan kejayaan yang di raih. Moga ianya merupakan langkah menempa kejayaan untuk mara lebih jauh lagi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang telah bersusah payah mengembleng tenaga, idea, masa dan wang ringgit bagi menyiapkan projek ini. Usaha, takwa dan istiqamah yang berterusan pasti akan membuahkan hasil yang positif dan mendapat kerahmatan daripada Nya. Ribuan terima kasih kepada barisan juri yang begitu komited dan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan pertandingan IID 2010 pada kali ini.

Pihak pengurusan berharap semoga di tahun hadapan kami dapat menghasilkan inovasi yang lebih kreatif dan berkualiti. Semoga kerjasama ini akan berterusan hingga ke pertandingan yang seterusnya pada masa akan datang.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.