11 November 2010
Alhamdulillah, hari nie anakku yang no. 2 Abang Faiz menerima keputusan UPSR 4A 1C. Kami sebagai ibubapa tetap redho dengan keputusan ini. Walaubagaimanapun ribuan terima kasih diucapkan kepada guru2 SK Jementah yang telah mengajar bersungguh2 kepada semua calon UPSR. Pada tahun ini seramai 5 orang calon telah mendapat 5A iaitu1 lelaki dan 4 perempuan.
Pada sebelah petang pula telah diadakan penyampaian hadiah kecemerlangan dimana Abang Faiz telah mendapat Tempat Pertama Kelas Terbaik 6 Malinja dan anugerah Lonjakan Saujana. Hadiahnya ialah wang tunai RM30.00, buku latihan untuk tingkatan 1 sebanyak 5 naskah, calculator jenama Casio, pingat dan 2 keping Sijil Kecemerlangan.
Mudah-mudahan Abang Faiz lebih cemerlang akademiknya di masa akan datang.
Amin.
2 comments:
Tahniah n cuba brusaha lebih gigih lagi bila melangkah ke tingkatan 1. Subjek apa yg dpt C???
Subjek BI la cikgu...alahai...
Post a Comment